Jumaat, 15 Januari 2016

Bayi 40 hari mati tersedak susu

Bayi 40 hari maut tersedak susu
Seorang pegawai polis dilihat membawa jenazah bayi malang berkenaan.
 

PORT DICKSON - Seorang bayi lelaki berusia 40 hari meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu dalam kejadian di Taman Desa PD, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut berikutan hasil bedah siasat menunjukkan tiada unsur jenayah.

"Berdasarkan siasatan kita, bayi terbabit masih sihat sekitar jam dua pagi. Bagaimanapun, situasi bertukar buruk kira-kira empat jam kemudian.

"Si bapa yang ketika itu hendak pergi bekerja mendapati anak sulungnya langsung tidak bergerak," katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.

Menurut beliau, si bapa yang bimbang dengan situasi menimpa anaknya kemudian bergegas ke tempat kerja untuk berjumpa majikan bagi memaklumkan perkara tersebut.

"Dia dan majikan kemudian pulang ke rumah untuk meneliti keadaan bayi itu, sebelum membuat laporan polis sekitar jam 8.14 pagi.

"Berdasarkan laporan bedah siasat diterima daripada Hospital Port Dickson, kita anggap kes ini selesai," katanya bapa bayi berkenaan berusia 23 tahun manakala ibu 38 tahun bekerja di kedai makan yang sama.


Tiada ulasan: