SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengeluarkan senarai
laman sosial Facebook dan laman web terkini yang diiktiraf sebagai
mewakili parti itu.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, ia bagi memudahkan mana-mana pihak membuat rujukan berkenaan parti itu pada masa akan datang.
Menurut Khalid lagi, ia juga sebagai langkah untuk memastikan ketepatan dalam sebarang penyebaran maklumat di medium media sosial itu.
“Kami ambil berat tentang sebarang maklumat yang disebarkan melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp atas nama parti di semua peringkat organisasinya.
“Ia termasuk apa juga maklumat, poster atau gambar yang tidak diselidiki kesahihannya terlebih dahulu, dan disebar oleh para ahli dan penyokongnya atas nama parti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Khalid turut mengakui kelemahan yang terdapat dalam mengurus penyebaran maklumat menerusi media sosial.
“Bagi parti, kami memohon maaf sekiranya ia menimbulkan kekeliruan dan saya sebagai Pengarah Komunikasi Amanah mengakui segala kelemahan yang ada.
“Kesungguhan dan semangat tinggi untuk membantu parti ini agar terus berkembang adalah sangat dihargai, namun ada kalanya mereka terlepas pandang soal keabsahan sesuatu maklumat,” katanya lagi.
Bagi memperbaiki kelemahan yang ada, pihaknya juga turut merancang program latihan kepada pengendali laman web dan Facebook rasmi parti.
Jelas Khalid lagi, ia merupakan usaha meningkatkan kemahiran serta tahap profesionalisme masing-masing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan