shahbudindotcom
Tidak
dipastikan sama ada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor
sudah menghantar surat jemputan atau belum kepada bekas Perdana Menteri,
Tun Mahathir Mohamad untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.
Kali terakhir Ku Nan bercakap mengenainya ialah pada 26 November lalu dengan mengatakan masih mempertimbangkannya.
Dalam
masa yang sama, Ku Nan juga membuat andaian awal bahawa Tun Mahathir
berkemungkinan besar tidak menghadirinya berikutan pendiriannya yang
kerap menghentam parti kebelakangan ini.
Bagaimanapun,
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengatakan
UMNO tetap akan menjemput Tun Mahathir untuk menghadiri Perhimpunan
Agung UMNO kerana parti tetap menghormatinya.
Hari
ini, tanpa mengira beliau dijemput secara rasmi atau tidak, Tun
Mahathir memperakukan kehadirannya dengan mengatakan jemputan terbuka
Zahid Hamidi itu sudah memadai untuk beliau menghadirinya.
"Saya
tak terima lagi surat jemputan, tapi saya anggap kenyataan Zahid itu
sebagai suatu jemputan dan tak hantar jemputan pun saya tetap akan
pergi," kata bekas Perdana Menteri itu lagi.
Soalnya
kenapa Ku Nan dan ibu pejabat UMNO terlalu perlahan dalam membuat
kerja? Bukankah menjemput bekas Presiden UMNO seperti Tun Mahathir dan
Tun Abdullah Badawi ke majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO merupakan
suatu tradisi yang perlu dihormati dan dikekalkan?
Apakah Ku Nan sengaja melengah-lengahkan surat jemputan itu dengan harapan Tun Mahathir tidak menghadirinya?
Mujurlah
masih ada pemimpin budiman dalam kepimpinan UMNO seperti Zahid Hamidi
yang pantas memberikan kenyataan dan melakukan jemputan terbuka terhadap
Tun Mahathir.
Di
ketika Ku Nan seolah-olah tidak mahu Tun Mahathir hadir, banyak
pemimpin lain hanya berdiam diri, manakala Najib mungkin lebih berharap
agar bekas Perdana Menteri itu tidak menghadirinya, Zahid sebaliknya
perlu dihargai atas sikap budimannya itu.
Jika
semasa perhimpunan nanti, tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang
memperdulikan Tun Mahathir atau seperti tidak meraikan kehadirannya,
Zahid Hamidi seharusnya sekali lagi menunjukkan kebudimanan hatinya
ketika itu nanti.
Sebagaimana
beliau mengakui turut mengunjungi Tun Mahathir di kediamannya sebaik
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk meminta pedoman dan
nasihat daripada bekas Perdana Menteri itu, Zahid sememangnya layak
dihargainya atas sikap budiman dan hormatnya yang tidak luntur itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan