Bekas Ketua Wanita Umno bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengingatkan Umno supaya menjadi parti yang lebih berdisiplin dan bukannya parti pasar.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan pemecatan dirinya pada 24 November lalu setelah diumumkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak atas alasan melanggar disiplin parti.
“Jangan jadi parti pasar! Saya nak ingatkan bahawa Umno kini dah jadi macam parti pasar, jadi jangan jadikan parti ini parti pasar.
“Saya sehingga ke hari ini masih belum dapat hitam putih dari Umno mengenai pemecatan saya.
"Sebenarnya saya tidak kisah sangat dengan pemecatan ini, tetapi apa yang saya ingin tahu adalah mengapa saya dipecat tanpa ikut tradisi atau prosedur yang sepatutnya.
“Saya nak tahu dan saya akan terus bercakap mengenainya,” katanya.
Beliau hadir di pejabat parti itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemecatannya dan juga dalam masa yang sama bersolidariti untuk sembilan ketua cawangan Umno Telok Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin hari ini.
Turut hadir sama ialah bekas Ketua Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin yang juga memberikan sokongan moral kepada ketua-ketua cawangan yang terlibat hari ini.
Anina berkata kehadirannya hari ini ialah untuk menyokong ahli akar umbi untuk berani bercakap benar meskipun terpaksa berhadapan dengan tindakan keras dari kepimpinan parti.
“Status saya masih belum disahkan lagi, 30 November lepas dan keputusan akan diberitahu pada 7 Disember ini sama ada akan ada kes atau tidak.
“Hadir ke PAU (Perhimpunan Agung Umno) nanti saya akan beritahu kemudian,” katanya kepada wartawan sewaktu bersama-sama menyatakan sokongan kepada 9 ketua cawangan Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Hari ini, tujuh daripada sembilan ketua cawangan Umno Telok Kemang hadir bagi memberi penjelasan kepada Lembaga Disiplin Umno atas dakwaan melakukan desakan secara terbuka supaya Presiden parti, Datuk Seri Najib Abdul Razak melepaskan jawatannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan