Dr Mahathir kesal Perhimpunan Agung Umno kali ini kurang terbuka
Tun
Dr Mahathir Mohamad kesal Perhimpunan Agung Umno kali ini, dijadualkan
berlangsung minggu depan, yang disifatkannya kurang terbuka dan
menyeronokkan berbanding perhimpunan sebelum ini. – Gambar fail The
Malaysian Insider.
Tun
Dr Mahathir Mohamad kesal dengan Perhimpunan Agung Umno kali ini,
dijadualkan berlangsung minggu depan, yang disifatkannya kurang terbuka
dan menyeronokkan berbanding perhimpunan sebelum ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan tersebut
serta sekatan yang dikenakan terhadap media yang tidak dibenar
melaporkan perbahasan perwakilan sewaktu ia berlangsung.
"Saya kesal ia kurang terbuka. Seperkara tentang perhimpunan ini ialah ia sesuatu yang sangat menyeronokkan.
"Orang hadir, mencetuskan idea dan tahu yang mereka berbuat sesuatu
untuk negara," katanya kepada media selepas acara di Proton Centre of
Excellence di Subang, pagi ini. Semalam, portal The Rakyat Post memetik Setiausaha Agung Umno Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata sekatan dikenakan ke atas media
online semasa perhimpunan agung itu bertujuan menjamin keharmonian
negara ini dikekalkan.
"Saya minta media online dihadkan kerana mereka suka putar belit
laporan, yang dilihat sebagai satu percubaan mengganggu keharmonian
antara kaum di negara ini," katanya.
Malah, beliau sebelum ini mengumumkan semua media tidak dibenarkan
membuat liputan perhimpunan itu tetapi larangan itu ditarik balik
selepas ia mencetuskan tindak balas negatif daripada pengamal media dan
perwakilan yang mahu liputan secara langsung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan