Ahad, 2 Ogos 2015

Penyelesaian segera isu Najib



Oleh Azlan Sharif 


Kemelut isu melibatkan 1MDB, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hampir sampai ke kemuncaknya. 

Harapan selesai menerusi panel 1MDB, polis, SPRM melalui mahkamah dan saluran perundangan negara nampaknya jauh lagi jalannya. 

Isu ini dianggap selesai dari skop keamanan negara jika ianya tidak lagi menjadi viral dikalangan masyarakat, tiada lagi tuduh-menuduh, tiada lagi dakwa-mendakwa dan berbagai tohmahan terutama di media.

Salah satu cara isu ini boleh didiamkan, diselesaikan ialah dengan memberi 'kepuasan' kepada masyarakat. Apabila berasa puas kerana mendapat jawapan yang diingininya maka ia tidak lagi berkata yang negatif mengenainya, hanya diperkatakan sebagai contoh tauladan atau sempadan.

Merujuk kepada adat dan adab orang Melayu, jika sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan secara fizikal melalui perundangan maka ianya boleh diselesaikan secara spiritual. Salah satu caranya ialah dengan mengadakan majlis bersumpah, membaca Yaasiin atau sembahyang hajat beramai-ramai.

Bersumpah lebih kepada yang dituduh dan membaca Yaasin kepada yang menuduh. Dalam kemelut Najib ini, kedua-dua pihak boleh melakukannya. Kerana ketidakpuasan dikalangan masyarakat maka masyarakat boleh mengadakan majlis bacaan Yaasiin ini.

Adab orang Melayu akan menerima apa-apa sahaja petunjuk yang diberikan oleh Allah swt dan tidak lagi mempertikaikan isu tersebut. Apatah lagi jika petunjuk tersebut berbentuk hukuman kepada pihak yang bersalah.

Kaedah diatas terhadap kepada memberi kepuasan kepada orang Islam sahaja. Namun ada juga kaedah palinh mudah yang boleh digunakan untuk memuaskan semua pihak termasuk bukan Islam. Kaedahnya ialah menggunakan mesin.

Umum menerima dan berpegang kepada prinsip mesin tidak pernah berbohong. Berlainan dengan manusia, seperti yang dinyatakan dslam Quran, mulut boleh berbohong tetapi semua anggota badan lainnya akan mencakapkan kebenarannya.

Tidak dipertikai, tidak dipersoal misalnya meter petunjuk minyak kereta, meter laju kenderaan, mesin timbang berat, mesin ukur tekanan darah tinggi, mesin ukur gula dalam darah atau kencing manis, mesin tekanan jantung, mesin bius pesakit semasa pembedahan, mesin ukur mata, mesin CT scan, mesin dialisis dan sebagainya.

Terdapat juga mesin khas yang digunakan untuk mengukur 'percakapan' badan, mengukur tindakbalas badan terhadap soalan yang dikemukakan yang mengesahkan samada seseorang itu bercakap benar atau berbohong. Mesin ini dinamakan alat ujian poligraf, atau lebih dikenali umum sebagai alat ujian bohong.

Alat poligraf ini sedang pun digunakan dengan meluasnya disemua bidang malah diterima keputusannya sebagai bahan bukti dimahkamah, atau sebagai petunjuk kepada bukti. Suspek atau sesiapa sahaja hanya perlu mengambil ujian poligraf, yang dikendalikan poligrafer bertauliah yang diiktiraf di seluruh dunia.

Keputusan ujian poligraf ini tidak pernah berbohong kerana mesin tidak pernah berbohong. Ianya ditentukur terlebih dahulu (sebagaimana mesin lain) sebelum digunakan untuk mengukur seseorang subjek.

Khabar-khabar angin yang mengatakan keraguan terhadap ketepatan keputusan ujian poligraf adalah tidak benar. Apa yang berlaku hanyalah salah tafsir poligrafer dan set soalan yang ditanya. Sebab itulah perlu dilakukan poligrafer bertauliah yang dibantu pakar yang berkenaan.

Merujuk kepada isu Najib ini, ujian poligraf adalab yang lebih sesuai dan relevam berbanding dengan hanya sumpah kosong sahaja. Keputusannya boleh terus diketahui samada mereka bercakap benar atau berbohong mengenai sesuatu perkara.

Itu sahaja yang utama dikehendaki masyarakat. Hanya mengesahkan kononnya fitnah, pembohongan, dakwaan atau tuduhan palsu atau sebagainya. Jika membawa petunjuk kepada melakukan sebarang kesalahan, maka itu terserahlah kemudiannya kepada pihak berkenaan seperti polis atau SPRM.

Ujian poligraf semakin memudahkan siasatan kerana mampu memberikan petunjuk yang terbukti benar kepada bahan bukti lain, mengecilkan skop siasatan dan yang paling pe ting sekali ialah boleh mendapat motif. Motif pengakuan suspek sendiri yang disahkan benar. Apa lagi yang dikehendaki?

Tiada ulasan: