Ahad, 2 Ogos 2015

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut

SINAR HARIAN


Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut
Foto Facebook DAily TRaffic REport 
 
 
IPOH - Seorang lelaki terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jabatan Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai Mazlan Shaari berkata Norhazman Kassim, 50, dari Jalan Markisa, Kampung Jambu di Taiping, yang cedera parah, meninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden itu berlaku pada 11 pagi apabila mangsa, yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Cameron Highlands, dikatakan bertembung sebuah kereta dari arah bertentangan, katanya ketika dihubungi.

Mazlan berkata akibat pertembungan itu, mangsa tercampak ke atas jalan raya manakala motosikalnya musnah terbakar sementara pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan.

Beliau berkata anggota bomba dan penyelamat mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

Katanya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Polis yang mengesahkan nahas itu berkata punca kejadian sedang disiasat. - Bernama



Tiada ulasan: