shahbudindotcom
Jawapan kepada semua persoalan itu mungkin akan diketahui oleh kita semua tidak berapa lama lagi.
Tetapi
ketika itu adakah yang berani menunjalkan seseorang sebagai bodoh atau
lebih rela memperbodohkan diri sendiri sebagai bodoh sekali lagi?
Ketika
mula-mula The Wall Street Journal atau WSJ membuat dakwaan mengenai
wang RM2.6 bilion yang dikatakan mengalir masuk ke dalam akaun peribadi
Perdana Menteri Najib Razak, sementara ramai mahu tahu kebenaran dakwaan
itu, kumpulan pro beliau pantas mengatakan ia adalah fitnah dan dusta.
Pelbagai
hujah dan alasan dicari, termasuk ejaan nama Najib pada slip bank yang
dikatakan tidak betul juga diambil kira untuk mengukuhkan dakwaan itu
tidak benar belaka.
Ketua
Penerangan UMNO, Ahmad Maslan pantas menafikan dakwaan WSJ itu dengan
mengatakan Perdana Menteri tidak begitu bodoh untuk berbuat demikian
Sebagaimana
yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, beliau berkata, "Perdana
Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana
kerajaan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat," katanya lagi.
Mursyidul
Am Pas, Dr Haron Din turut mengatakan kemasukan dana ke dalam akaun
peribadi tidak masuk akal, sebaliknya mengatakan jika Najib mahu
melakukannya, ia pasti disalurkan melalui akaun rahsia.
Semakin
lama isu itu menjadi mainan media dan perbualan ramai, ditambah dengan
Najib tidak berani tidak berterus terang mengenainya, sebaliknya hanya
berkata "tidak pernah menggunakan wang 1MDB untuk kepentingan peribadi",
ia kemudian bertukar sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Perdana
Menteri dan menggulingkan kerajaan pula.
Berdegar-degarlah
"burung belatuk" mengulangi cakap-cakap bahawa konspirasi ini
sebenarnya juga bermatlamat menjatuhkan kepimpinan Melayu dan Islam di
negara ini. Ayoyo....
Susulannya
Sarawak Report disekat oleh SKMM dan akhbar perniagaan The Edge
digantung permitnya. Tuntutan penjelasan juga dikemuakan kepada WSJ ,
cuma belum diketahui khabar beritanya sehingga ini sama ada saman akan
dikemukakan atau tidak.
Apabila
Muhyiddin Yassin membangkitkan isu tersebut di mesyuarat perwakilan
UMNO Cheras dengan meminta Najib sendiri memberi penjelasan mengenainya
sehingga akhirnya dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, apa pula
"entah burung jenis apa" berbunyi mengatakan wang dalam akaun Najib
adalah hak peribadinya dan Muhyiddin atau sesiapa saja tidak berhak
untuk ambil tahu tentangnya.
Menteri
yang baru dilantik, Azalina Othman Said pula berkata, wang RM2.6 itu
bukan isu benar kerana ia hanya melibatkan penderma dan penerima saja.
Ehh...daripada
fitnah, Najib bukan bodoh dan konspirasi dan berbagai hujah pembelaan
lain, tiba-tiba semuanya bertukar nada seolah-olah wang RM2.6 bilion itu
benar-benar pernah masuk dalam akaun Perdana Menteri.
Sehari dua ini, ia bertukar lagi. Wang itu dikaitkan pula sebagai dana politik kepada seorang ketua parti untuk mengurus pelbagai perkara seperti pilihanraya, pentadbiran dan sebagainya.
Sekali
lagi Azalina dan Abdul Rahman Dahlan tampil bersuara. Azalina
mengatakan, mana-mana ahli politik bebas menerima sumbangan atau dana
daripada luar, manakala Abdul Rahman pula berhujah bahawa perlembagaan
UMNO membenarkan akaun amanah atas nama presiden.
Najib pula, walaupun belum berani mengakui kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadinya, juga berkata sedia mendedahkan penyumbang dana untuk UMNO jika parti-parti pembangkang juga sanggup berbuat demikian.
Tidak
sukar memahami jalan cerita yang sedang dikarang mengenai isu RM2.6
bilion ini susulan babak pemecatan Muhyiddin, pertukaran Peguam Negara,
perlantikan ramai daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
menganggotai kabinet dan penangkapan tiga orang pada semalam atas
dakwaan menjalankan aktiviti mengganggu demokrasi berparlimen.
Penutup ceritanya juga mungkin sudah boleh dijangka oleh sesiapa saja selepas ini.
Cuma,
yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya ialah mengapa dua akaun bank
milik Najib sebagaimana yang disahkan oleh Gani Patail itu sudah
ditutup?
Kalau
ia akaun amanah atas nama presiden UMNO dan dibenarkan oleh
perlembagaan, kenapa perlu ditutup? Bukankah ia perlu dikekalkan?
Bagaimana penderma mahu menderma lagi untuk pilihanraya ke 14 nanti jika akaunnya sudah ditutup? Atau kena buka akaun lain pula?
Kenapa
baru sekarang mahu mengaitkannya dengan dana pilihanraya? Kenapa tidak
sejak awal lagi? Baru terfikir agaknya dan siapa yang memberi idea ini?
Sebab
itu, Najib semalam mengatakan beliau lebih memerlukan kesetiaan
daripada kecerdikan, walaupun rakyat hakikatnya mengharapkan pemimpin
yang mengurus negara ini lebih pandai dan cerdik daripada mereka.
Kesetiaan
secara logiknya sentiasa boleh diperbodohkan jika tanpa kecerdikan,
manakala kecerdikan tidak mudah diperkotak-katikkan dan dijadikan
kesetiaan kalau tidak disertai kebenaran.
Jika mengikut logik Ahmad Maslan, kiranya terbukti wang RM2.6 bilion itu benar-benar wujud dan diakui betul tidak lama lagi tetapi bertukar kononnya sebagai dana pilihanraya, siapa yang bodoh sebenarnya?
Harapnya kita semua tidak bodoh ketika mana tiba waktunya untuk membuat pilihan nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan