Isnin, 1 Disember 2014

Umno membudaya sikap ‘jaga poket sendiri, rakyat usah dipeduli’

perhimpunan_umno

  Roketkini.com


IPOH: Dalam tempoh seminggu yang lalu, perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO dan tingkah laku ketua pambangkang di Selangor menonjolkan bahawa parti itu dan ahlinya hanya menjaga kepentingan diri sendiri.

ADUN Pasir Pinji Howard Lee berkata, ketika negara memerlukan parti berjiwa rakyat, sebaiknya Umno dilihat menyalahgunakan kuasa dan institusi pemerintahan untuk membela diri mereka sendiri.

Kata Howard, ucapan Datuk Seri Najib Razak bahawa pengekalan Akta Hasutan tidak memberi 
perlindungan kepada UMNO membuktikan hasrat utama parti itu tidak lain adalah untuk menyalahgunakan kuasa dan institusi pemerintahan, bukannya menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia.

“Kepentingan, perlindungan atau penindasan parti politik semestinya tidak wujud dalam proses pertimbangan, sama ada untuk mengekalkan atau memansuhkan mana-mana undang-undang.

“Satu-satunya pertimbangan yang diperlukan adalah sama ada undang-undang itu wujud demi kebaikan rakyat dan selaras dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat,” kat Howard dalam satu kenyataan.

Kata Howard, sikap mementingkan diri sendiri terbukti berdasarkan keputusan UMNO menerima manfaat elaun dan kereta rasmi Ketua Pembangkang Selangor secara individu, tetapi rombongan ADUN Umno menolak peruntukan RM200,000 setahun yang disalurkan demi kepentingan rakyat.

“Inilah satu lagi bukti bahawasanya UMNO tidak peduli kepentingan rakyat; hanya jaga parti dan diri sendiri,” ujar Howard.

Lebuh mengecewakan kata Howard, Najib yang sebelum ini menonjolkan diri sebagai pejuang agenda transformasi dan kesederhanaa, memungkiri janjinya sendiri.

“Perhimpunan Agung Umno membuktikan persepsi kekal persepsi. Beliau dipaksa tunduk kepada golongan konservatif dan sanggup memungkiri janji pilihanraya parti mereka sendiri.

“Hakikatnya, tingkah laku UMNO lebih selaras dengan; ‘janji dimungkiri, asalkan kocek aku dan UMNO dilindungi, kebajikan rakyat usahlah dipeduli, kata Howard sinis. – Roketkini.com

Tiada ulasan: