Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Diskriminasi kenaikan pangkat dalam
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap masyarakat Dayak di Sarawak
bukti slogan 1Malaysia dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya slogan
kosong.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta Najib memberi
penjelasan melalui kenyataan menteri di Parlimen berhubung pendedahan
Laporan Pembangunan Manusia Malaysia (MDHR) 2013.
“Senarai dimuat naik di internet menunjukkan lapan pegawai
penguatkuasa Melayu dinaikkan pangkat dari Gred N27 kepada N32, manakala
tiga penguatkuasa Dayak hanya disenaraikan sebagai ‘simpanan’.
“Senarai kenaikan itu mengesahkan wujudnya diskriminasi di sektor awam,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Menurutnya, keputusan itu membuktikan diskriminasi yang
telah membarah dalam sektor awam dan menimbulkan kemarahan golongan
profesional dan penjawat awam dari keturunan Dayak.
“Najib harus memandang serius kemarahan masyarakat Dayak
dan masyarakat Kadazan, Dusun serta Murut mengenai kesaksamaan
perkhidmatan awam.
“ia merupakan perkara penting yang telah termaktub dalam
Perjanjian Malaysia bahawa perkhidmatan awam Sarawak, Sabah adaah
tertakluk kepada negeri masing-masing,” ujar Kit Siang.
Malah katanya, MDHR menyaksikan jabatan perkhidmatan awam persekutuan mengupah Bumiputera Sarawak dan Sabah lebih rendah.
Pada tahun 2009, hanya 4.9 peratus Bumiputera Sarawak
bersamaan 1,631 orang dan 6.5 peratus Bumiputera Sabah (2,170 orang)
diambil bekerja.
“Angka ini lebih rendah daripada bahagian penduduk pada
kadar 8.7 peratus untuk Sarawak, dan 11 peratus untuk Sabah ,” kata Kit
Siang.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, di antara tahun
1970 dan 1985, tiga suku pekerjaan perkhidmatan awam diberikan kepada
Melayu.
“Di kalangan birokrat yang memegang jawatan paling kanan kerajaan, 80 peratus adalah Melayu dan 6.3 peratus Cina.
“Walaupun tiada data tersedia untuk Sarawak dan Sabah bagi
tempoh itu, siasatan senarai pegawa kanan kerajaan di badan berkanun
negeri mendedahkan perkara sama,” kata Kit Siang. –
Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan