MALAYSIAKINI
Sekumpulan 50 orang peniaga berhimpun di Cameron Highlands hari
ini bagi membantah kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed
Nazri Aziz bahawa kawasan itu tidak selamat.
Kumpulan berkenaan mula berhimpun di Tanah Rata pada tengahari, kata
penganjur perhimpunan tersebut, Cheng Hon Nan ketika dihubungi.
"Kami mahu menteri pelancongan menarik balik kenyataannya dan meminta
maaf,” kata Cheng yang menambah, kenyataan tersebut akan menjejaskan
industri pelancongan di kawasan tersebut.
Katanya, bantahan tersebut antara lainnya disertai pengusaha gerai, restoran dan hotel murah.
Kenyataan Nazri itu timbul susulan banjir lumpur yang melanda Cameron
Highlands pada awal bulan ini yang mengorbankan lima nyawa.
Ia merupakan susulan kepada kejadian sama yang berlangsung tidak sampai setahun lalu, yang mengorbankan tiga nyawa.
Nazri pada 24 November lalu dilaporkan sebagai berkata, Cameron Highlands tidak selamat kerana risiko banjir.
Beliau turut menasihatkan pengunjung agar mengelakkan kawasn itu buat masa ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan