Ahad, 3 Ogos 2014

SPRM perlu dedah status siasatan skandal mata wang

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengemukakan status siasatan berhubung skandal mata wang bernilai jutaan ‎dolar, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Hingga kini, SPRM tidak mengumumkan siasatan yang dibuat pada 2010 terhadap seorang usahawan Malaysia yang didakwa menerima komisyen RM11.3 juta daripada dua firma Australia, sebagai usaha memenangi kontrak mencetak dan membekal mata wang.

n_surendranUsahawan  tidak dinamakan itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Umno dan dipercayai akrab dengan pegawai kanan kerajaan yang menerima sogokan komisyen daripada anak syarikat firma Reserve Bank of Australia (RBA).

“Saya tak tahu kalau siasatan itu hanya diberitahu kepada pihak Peguam Negara (AG) sahaja dan kemudian mereka terus senyap daripada mengenakan sebarang pendakwaan kepada individu yang terlibat,

“Apa yang sepatutnya SPRM lakukan ialah status tersebut mesti diberitahu dan didedahkan kepada orang awam,” kata Surendran.

Terbaru, laman web Wikileaks mendedahkan pemimpin Malaysia termasuk Datuk Seri Najib Razak, serta mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi terlibat dalam skandal berkenaan.

Turut dinamakan adalah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Kata Surendran, dakwaan terbaru dari WikiLeaks itu adalah serius namun hingga kini pemimpin negara gagal memberikan penjelasan.

“Sebarang tuduhan yang dibuat sehingga hari ini tidak pun dijawab oleh mereka yang terlibat, dan tidak ada satu pun media perdana yang membuat liputan terhadap isu ini. Mereka tahu rasuah besar ini melibatkan pimpinan Umno BN,

“Jadi kerajaan jangan cuba berdiam diri sebab selagi mereka diam, pelbagai spekulasi akan timbul dan ini akan merosakkan imej mereka sendiri serta nama baik negara kita,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan: