Oleh : AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan hasratnya untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang sehingga keputusan baru berhubung jawatan Menteri Besar diputuskan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau berkata tiada sebarang keputusan dibuat berhubung perkara itu, sebaliknya memaklumkan akan menjalankan tugas seperti biasa seperti yang diarahkan Tuanku Sultan.
Sehingga keputusan baru dibuat, Abdul Khalid berkata beliau akan meneruskan pentadbiran negeri bersama empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga perjumpaan baru bersama pihak Istana diadakan.
Katanya sekiranya nama baru sudah dilantik, maka barisan kepimpinan sedia ada akan memberi jalan kepada Menteri Besar yang baru.
Ketika ditanya pemberita mengenai keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid dengan tenang berkata ia dilakukan berikutan khidmatnya sudah tidak diperlukan di Selangor.
“Mereka sudah tidak mahu saya,” katanya ringkas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan