KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan sumber RM6 bilion
yang diberikan Khazanah Nasional kepada Sistem Penerbangan Malaysia
(MAS) bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
Sehubungan
itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar kerajaan
menjelaskan sumber kewangan tersebut agar diketahui oleh rakyat.
"RM6 bilion dari mana sumber tersebut diperolehi, kita mahu kerajaan perjelaskannya.
"Kita
tidak mahu berlaku seperti sebelum ini Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru
(KWSG) yang menjadi mangsa. Kerajaan perlu telus dalam apa yang mereka
lakukakan ini," katanya kepada Harakahdaily.
Ahli Parlimen Pokok
Sena itu berharap walaupun kerajaan mempunyai usaha untuk memulihkan
MAS, namun dalam memberikan suntikan modal itu, harus diperjelaskan
kerana melibatkan wang rakyat.
Dalam pada itu beliau turut
menggesa agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi
menyiasat secara menyeluruh apa yang berlaku ke atas MAS.
Katanya,
walaupun kerajaan memberi suntikan modal yang besar tetapi kelemahan
masih belum diketahui yang hanya mengulangi kesilapan yang berlaku
kepada MAS sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
sebelum ini menyifatkan, suntikan itu lebih berbentuk pelaburan di mana
ia perlu dijana semula.
Menurut Najib, MAS mungkin memerlukan
lebih daripada tiga tahun bagi pelan pemulihannya, namun akan ada
pertumbuhan positif dalam tempoh berkenaan. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan