MALAYSIAKINI
Perjanjian Penstrukturan Semula Konsesi Air di Selangor bakal dimeterai tidak lama lagi kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menteri besar Selangor itu turut mengesahkan perjanjian itu sekiranya
ditandatangani kelak akan dikuatkuasakan dengan sepenuhnya walaupun
beliau bukan lagi menteri besar.
"Semua perjanjian antara kerajaan negeri dan persekutuan akan
dikuatkuasakan," kata beliau dalam sidang media mesyuarat Exco hari ini.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Selangor pada 2 Ogos lalu
menandatangani perjanjian dasar Induk berhubung penstrukturan semula
industri bekalan air dan penyelesaian jangka panjang isu air di
Selangor.
Perjanjian tersebut ditandatangani Khalid dan Menteri Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili kerajaan
persekutuan.
Perjanjian berkenaan adalah lanjutan kepada perjanjian persefahaman
(MoU) yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 26 Februari berkaitan
pembinaan loji rawatan di Hulu Langat Selangor.
Jumpa menteri petang ini
Sementara itu Khalid mendedahkan beliau akan menemui Ongkili petang ini
bagi membincang keputusan terakhir ketiga-kiga syarikat konsesi yang
bersetuju dengan tawaran pengambilalihan bernilai RM 9.65 bilion oleh
kerajaan Selangor.
Ketiga-tiga syarikat itu iaitu, Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan
Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)dan Konsortium Abbass Sdn Bhd (Abbas) telah
pun bersetuju dengan tawaran yang diterima tetapi belum menandatangani
perjanjian hitam putih untuk diserahkan di bawah pentadbiran baru.
Satu lagi iaitu Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) pula menolak tawaran tersebut.
"Kita membincangkan tiga syarikat konsesi yang telah terima tawaran dan
bincangkan langkah mengambil alih Splash mengikut WSIA (Akta
Perkhidmaran dan Insdustri Air).
Pengambilalihan itu kemudiannya diletakkan di bawah satu syarikat
konsortium air iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat milik
penuh kerajaan Selangor.
Sebelum ini Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) berkata Perjanjian dasar
induk penstrukturan semula air Selangor tidak akan terjejas walaupun
tanpa penyertaan Splash.
Bernama pada 5 Ogos melaporkan Ketua Pegawai Eksekuti PAAB,
Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman berkata, Splash hanya menguruskan satu
loji rawatan air berbanding Puncak Niaga Holdings Bhd yang menguruskan
27 loji rawatan, manakala SYABAS pula menyalurkan air ke semua kawasan
di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan