MALAYSIAKINI
ADUN Pandamaran Eric Tan menuntut polis Selangor menjelaskan tindakan
pasukan itu yang didakwa gagal bertindak dalam dua kes melibatkan mangsa
kemalangan yang didakwa diserang oleh orang ramai di tempat kejadian.
“Beliau (Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat) mesti memberi penjelasan mengapa polis tidak bertindak.
“Apa rancangan berliau sebagai ketua polis Selangor yang baru untuk memperbaikinya?
“Saya fikir penambahbaikan ini amat diperlukan segera kerana masyarakat
menderita setiap hari,” katanya dalam satu sidang media bersama individu
yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Dalam kes pertama, seorang pemilik syarikat tunda kereta, Ngiam Kee Buh
memberitahu sidang media itu berhubung kejadian melibatkan pekerjanya.
Katanya, pekerja itu memberitahunya bahawa tiga orang pegawai polis
bertugas di satu pasar Ramadan di berhampiran lokasi kemalangan.
Kemalangan jalan raya itu didakwa melibatkan sebuah Proton Wira yang
melanggar tiga buah kenderaan yang diparkir di satu cerun jejambat
kerana pemandunya, Lee Keng Long, cuba mengelak sebuah kenderaan dari
arah hadapan yang masuk ke lorongnya.
Ngiam mendakwa polis gagal bertindak ketika sekumpulan individu
menyerang pemandu tersebut. Anggota berkenaan didakwa hanya memandang
kejadian tersebut selepas ditolak ke sisi oleh penyerang tersebut.
Beliau bercakap di sidang media itu keraja pekerjanya itu enggan berbuat
demikian untuk menejalskan kejadian yang didakwa berlaku pada dini
hari, 26 Julai di Klang, di bulatan Kota Klang.
Kejadian kedua pula berlaku sekitar jam 3.30 pagi keesokan harinya.
Seorang individu yang terlibat, Muhammad Hadi Yeop Baharuddin mendakwa
beliau diserang oleh lapan orang pelumba motosikal haram selepas
melanggar salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut dengan
keretanya.
Beliau berkata polis masih belum membuat sebarang penahanan walaupun
beberapa orang daripada individu yang menyerangnya itu telahpun
dikenalpasti oleh individu lain yang cuba menolongnya.
Menurutnya, ada suspek yang dikenalpasti melalui cukai jalan motosikal
yang ditemui di lokasi kejadian di Lebuh Raya Selat Kelang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan