KUANTAN - Seorang pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
kampus Muadzam Shah lemas ketika berkelah di Pantai Teluk Cempedak di
sini sementara rakannya dilaporkan cedera petang tadi.
V. Saravanan, 18, dari Cheras, Selangor ditemui lemas oleh pengawal pantai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan
berkata mayat mangsa dilapor ditemui pada pukul 2.30 petang berhampiran
lokasi mangsa dilaporkan tenggelam.
Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk dibedah
siasat. Rakannya yang cedera akibat terkena batu, D. Dinesh, 18, dirawat
di hospital yang sama.
Anggota JPAM yang menemui mayat mangsa, Mustaqim Ariff berkata beliau
dan rakannya Mohd Amin Morad sebelum itu telah memberi amaran kepada
mangsa supaya tidak mandi di situ kerana ia berbahaya dan curam.
"Bagaimanapun kedua-duanya terus mandi sehingga seorang daripadanya
menjerit meminta tolong kerana rakannya telah lemas dan akhirnya hilang
di bawa arus.
"Orang ramai yang melihat kejadian tersebut memaklumkan kepada kami dan
kami bergegas turun ke laut untuk menyelamatkan mangsa. Mangsa disahkan
meninggal dunia selepas ditemui 10 minit kemudian," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan