Rabu, 30 April 2014

Kandungan kolam Hang Tuah selamat, kajian dilaksana sejak 2009

Oleh: LIZAWATI MADFA


SHAH ALAM: Kandungan kolam takungan Hang Tuah disahkan selamat berdasarkan hasil kajian yang dilakukan Kerajaan Negeri sejak tahun 2009.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata hasil pensampelan menunjukkan tidak ada unsur kimia dan logam berat yang ditemui, bahkan kualiti air kolam berkenaan mematuhi parameter yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

IMG_9937aKatanya, Kerajaan Negeri juga tidak pernah menyembunyikan maklumat dan akan mendedahkan hasil kajian kepada orang ramai dalam masa beberapa hari lagi.

“Kita mengkaji air dahulu dan kajian ini sentiasa dibuat jabatan kimia yang merekod keputusan setiap kajian.

“Sebelum air terawat sampai kepada pengguna, ia perlu melalui tiga peringkat ujian dan perlu lulus semuanya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Sebelum ini, beberapa pihak mempersoalkan kandungan air kolam Hang Tuah yang dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan.

Antara lain, Pengerusi Majlis Kualiti Alam Sekeliling Malaysia, Prof Datuk Dr Zaini Ujang dilaporkan berkata, langkah kerajaan Selangor mendapatkan bekalan air mentah dari bekas lombong tidak sesuai kerana mungkin boleh menyebabkan penyakit kulit.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Pada masa sama, Abdul Khalid memaklumkan Kerajaan Negeri akan meningkatkan kawalan keselamatan di kolam takungan dan menjadikan sekitar lokasi terbabit sebagai kawasan larangan khas.

“Kerajaan Negeri juga memberi jaminan akan sentiasa menjaga keselamatan pengguna dan memberi maklumat penuh jika terdapat keraguan terhadap penggunaan air kolam terbabit,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: