Isnin, 25 Mac 2013

Suaram desak 4 mahasiswa Universiti Malaysia Sabah dibebas segera

KEADILAN DAILY

Lima mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (Cawangan Labuan) UMSKAL, ditahan Polis kerana mengadakan Speaker Corner dan edaran risalah di Pusat Bandar Labuan.

Mereka ditahan pada jam 3.00 petang dan dibawa ke Balai Polis Labuan. Suaram difahamkan, Speaker Corner tersebut diadakan sempena pelancaran Gerakan Mahasiswa Pru 13 (GM13) peringkat Labuan.
Mereka juga mengedarkan risalah kesedaran politik kepada masyarakat Labuan. Mereka yang ditahan ialah:

Al Mughni Shah Jabran: 900105-14-5577 (Pengerusi ProMahasiswa UMSKAL), Mohd Azilah bin Muhamad  (911226-11-5343), Ibnihar Amat (890722-12-6009), Fatima Atila Ali (910103-12-5424) dan Sakinah Yusuf  (910521-12-6104)
 suara
Suaram mengutuk tindakan pihak polis menahan mahasiswa yang hanya mempraktikkan hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan pihak polis itu jelas tidak menghormati hak kebebasan berhimpun dan hak untuk mengeluarkan pandangan yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suaram juga difahamkan, Pegawai Penyiasat (IO) yang menjalankan soal siasat mengugut mahasiswa yang ditahan agar menjawab semua soalan yang ditanya.

Sekiranya mahasiswa terebut enggan menjawab, Polis akan mendakwa mahasiswa berkenaan atas tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

Sedangkan Mahasiswa berkenaan hanya mengikut nasihat Peguam untuk menggunakan hak untuk berdiam diri seperti yang terkandung dalam Seksyen 112 (2) Kanun Prosedur Jenayah.

Oleh itu, Suaram ingin memohon sokongan rakan-rakan NGO dan aktivis rakyat untuk turut sama mendesak pihak berkuasa agar segera menghentikan intimidasi terhadap rakyat dengan melakukan perkara seperti berikut:

Hubungi Balai Polis Labuan dan memohon agar pihak Polis segera membebaskan kesemua mahasiswa yang ditahan Balai Polis Labuan: 08 – 7412 222 dan Insp Zaini: 013 – 555 0202.

Sekian. Terima kasih

Suaram (Suara Rakyat Malaysia)

Tiada ulasan: