Mohd Arif Juhaini
KUALA LUMPUR : Penyebaran gambar fitnah lucah melibatkan
individu mirip Ketua Umum KEADILAN menunjukkan Umno BN kehabisan modal
dan hanya mengulangi taktik lama, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP)
KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
“Gambar lucah itu menunjukkan, dalam pemikiran Umno BN hanya penuh dengan idea lucah dan ganas.
“Mereka langsung tidak tahu malu guna gambar itu sebagai bahan
kempen, Jelas, Umno BN makin tercabar dengan sokongan padu rakyat kepada
Anwar,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md
Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II
hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, individu dalam paparan gambar berkenaan kelihatan tegap
dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun
seperti Anwar.
Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada
rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk
Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.
Mengulas lanjut, Johari juga percaya Datuk Seri Najib Razak merestui
penyebaran gambar berkenaan hingga mendorong blogger dan media kawalan
Umno berani menyiar bahan lucah di medium umum.
“Saya percaya, keberanian blogger dan media Umno BN kerana mereka
percaya itulah jalan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan