Ahad, 17 Mac 2013

Bernama TV siar dokumentari khas Operasi Daulat pada Selasa

SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR - Bernama TV, stesen televisyen 24 jam yang menawarkan berita dalam empat bahasa, akan menyiarkan dokumentari mengenai insiden pencerobohan Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu dari Filipina pada Selasa ini, 19 Mac.
  
Dokumentari khas selama 30 minit itu bertajuk 'Op Daulat, Demi Maruah Negara' bakal melakarkan detik-detik cemas sehingga berlaku pertempuran dan pertumpahan darah.
  
Dokumentari itu yang diterbitkan Editor Ahmad Kamal Dahalan akan disiarkan pada 9.30 malam, Selasa ini, dengan siaran ulangan pada Rabu, 1.30 tengah hari, Jumaat pada 9.30 malam dan Sabtu pada 1.30 tengah hari.
  
Bernama TV bersiaran di saluran 502 Astro. - Bernama

Tiada ulasan: