Rabu, 20 Mac 2013

Rafizi : PR Tawar Sistem Cukai Lebih Adil


Rafizi Ramli Konvensyen Pendidikan Unisel 2013

SHAH ALAM, : Pakatan Rakyat (PR) akan menawarkan sistem cukai yang adil kepada semua golongan di negara ini jika berjaya ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, sistem cukai yang sedia ada sudah lapuk dan perlu dirombak semula supaya tidak berterusan menindas golongan bawahan.

Katanya, sistem cukai yang digunapakai Kerajaan Umno-BN sekarang dibuat pada puluhan tahun dahulu dan tidak sesuai digunapakai pada masa kini.

“Sistem cukai ini dibuat pada tangga gaji 40 ke 50 tahun dahulu, sebab itu contohnya di bawah Umno-BN sekarang, bagi mereka yang mendapat pendapatan boleh cukai bersih adalah RM 100,000 ke atas setiap tahun,” katanya dalam satu sesi Dialog Anak Muda bersama Anwar Ibrahim di Bandar Utama baru-baru ini.

Jelasnya, ini bermakna pekerja di negara ini yang mendapat gaji bulanan RM10,000 ke atas merupakan pembayar cukai tertinggi di negara ini.

anwar pc close 01

“Maknanya, awk kerja sebagai eksekutif kanan, awak bayar cukai sama nilai macam Ananda Krishnan, Ananda Krishnan ada RM18 bilion kekayaan,” sindirnya.

Tambah Rafizi, jika PR berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, struktur cukai akan dirombak dan dinaikkan kepada RM450,000 setahun dan ini hanya akan melibatkan pekerja yang mendapat gaji RM45,000 sebulan dan ke atas.

“Kalau RM450,000, maksudnya yang pendapatan bulanan RM40,000 sebulan dia akan jadi pembayar cukai tertinggi.

“Kemudian yang lain kita akan buat pengagihan kelas cukai supaya akhirnya eksekutif tidaklah perlu bayar cukai pada kadar yang sama dengan orang yang paling kaya,” katanya dalam forum yang dihadiri lebih 200 orang itu.

Dalam pada itu, Rafizi turut menjelaskan PR menggunakan mekanisme keadilan dan kesaksamaan apabila mahu melaksanakan cukai perkhidmatan kerajaan(GST) yang diperkenalkan Kerajaan Umno-BN.

GST diperkenalkan oleh Kerajaan Umno-BN supaya dapat menurunkan cukai pendapatan serta dapat memberikan sumber kewangan berterusan kepada kerajaan.

Katanya, perlaksanaan GST akan menjadi beban kepada 28 juta rakyat Malaysia dan hanya menguntungkan segelintir rakyat akibat pengurangan cukai pendapatan.

“Adalah tidak adil untuk melaksanakan GST pada masa sekarang kerana yang dapat manfaat daripada menurunkan cukai hanyalah satu juta rakyat sahaja dan buat masa sekarang kita menangguhkan dulu mengenai GST sehingga berlakunya reformasi dalam ekonomi negara kita,” ujarnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jap..

it got me confused..apa kasudnya bayar cukai sama dgn ananda?

if gaji 10k, cukai adalah 11%..

gaji 30k ke atas cukai dah max 25% kan tak salah..

then if pendapatan 18juta, 26% drpd 18juta..still menyumbang la dah..

x ek?