SHAH ALAM : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan falsafah idealisma di dalam institusi pendidikan yang selama ini disekat oleh Kerajaan Umno-BN perlu diubah demi memastikan generasi muda sentiasa berfikiran matang dalam melakukan perubahan.
Menurutnya, insiden yang menimpa mahasiswa jurusan Undang-Undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani adalah suatu bukti bahawa masih terdapat golongan mahasiswa yang tidak menyedari kepentingan falsafah idealisma.
“Saya nonton video klip listen,listen,listen dan saya sedih, kerana bagaimana mungkin sebahagian anak-anak muda atau mahasiswa yang boleh begitu sekali hilang idealismanya,” katanya dalam satu sesi Dialog Bersama Anak Muda anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) di Bandar Utama baru-baru ini.
Melalui rakaman yang dipaparkan di laman Youtube itu, terdapat juga dikalangan mahasiswa yang tertawa dan bertepuk tangan sewaktu Bawani dihalang dan dimalukan oleh Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin daripada memberikan pendapat mengenai pendidikan percuma dalam satu forum yang dianjurkan di universiti tersebut.
Selain itu, Anwar berpendapat keupayaan dan ketajaman pemikiran mahasiswa turut dipengaruhi oleh para pensyarah di insititut pendidikan tinggi di negara ini.
“Ada professor yang baik dan ada yang saya kenal dan memang layak digelar professor, ada yang cukup komited dan tinggi penghormatan saya.
“Tapi saya juga tahu ada professor ‘kangkung’, yang kerjanya masuk kuliah, ampu, sekat, ugut dan bawak pandangan anti intellektualisma, anti kebebasan akademik dan ini akan menumpulkan keupayaan dan ketajaman mahasiswa,” ujarnya di hadapan 200 peserta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan