KL TODAY
Amat
mengejutkan apabila penyanyi Gangnam Style, Psy dikatakan tidak akan
membuat persembahan dengan menyanyikan lagu ‘berhantunya’ itu pada
mana-mana acara selepas ini.Pengumuman tersebut dibuat oleh Psy sendiri
pada konsert Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di
Litar Sepang, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.
“Sejak
Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa
saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga
yang membuatkan saya mampu berdiri dihadapan anda semua.
“Saya juga
dah tak rasa diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan
secara rasminya mengumumkan, ini persembahan Gangnam Style saya yang
terakhir di sini, di Kuala Lumpur!,” jelas Psy yang dipetik dari
Malaysiandigest, di sini, hari ini.
Tambah Psy, dia kini teruja untuk memperdengarkan kepada peminatnya mengenai single terbarunya yang akan dikeluarkan pada 13 April ini.
Tambah Psy, dia kini teruja untuk memperdengarkan kepada peminatnya mengenai single terbarunya yang akan dikeluarkan pada 13 April ini.
Selain Gangnam Style, PSY turut mendendangkan lagu berjudul Champion dan Jump.
Konsert
yang menghimpukan kira-kira 55,000 penonton (untuk kedua-dua hari) itu
turut menampilkan persembahan seperti penyanyi Pop Rita Ora, band indie
British, Bloc Party, pemenang anugerah Grammy, kumpulan Fun dan ramai
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan