Selasa, 19 Mac 2013

PRU13 makin dirasai, Najib harap 'kekal PM'

JAMILAH HAMZAH

Najib Tun Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 
 
KUALA LUMPUR - Membayangkan Barisan Nasional (BN) berpeluang mengekalkan kuasa, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berharap akan kekal sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang.

Beliau berkata demikian pada program Telekom Malaysia (TM) di Bangsar, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, 'mood' yang ditunjukkan oleh warga TM hari ini akan kekal dan berharap akan kembali ke menara 55 tingkat dan 310 meter itu, dengan jawatan yang sama selepas PRU13.

"Mungkin dekat dengan ulang tahun ke tiga HSBB dan Unifi, sebab itu saya dapat rasa 'mood' raya, ada mood perayaan, tak lama lagi kita juga akan sambut satu lagi perayaan (PRU13).

"Mungkin kita akan sambut perayaan lagi satu itu dengan 'mood' yang ditunjukkan oleh Pulau Pinang, Kedah, dan lain-lain terutamnya Kota Kinabalu, mereka begitu bersemangat.

"... berkat doa dan restu semua mudah-mudahan saya datang ke TM sekali lagi (selepas PRU13) dengan jawatan yang sama," katanya.

Seramai 1,200 kakitangan TM menyambut kehadiran Najib bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Pada program itu, Najib juga telah mengumumkan dua berita baik buat rakyat dan kakitangan TM.

Antaranya termasuklah setengah jam percuma untuk penggunaan jalur lebar untuk golongan miskin yang tinggal di desa dan kota.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kakitangan TM sama ada kontark, tetap dan dipinjamkan akan menerima RM500 sebagai bayaran 'one off' pada 25 Mac ini.

Tiada ulasan: