Selasa, 19 Mac 2013

PR gesa Najib tubuh kerajaan sementara

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendesak atas nama keadilan agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengambil kira lima penambahbaikan berdasarkan laporan persidangan antarabangsa berkaitan pilihan raya anjuran pihaknnya awal bulan ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan itu antaranya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara.

"Beliau harus memastikan jentera dan dana kerajaan tidak disalahgunakan dalam usaha meraih undi Barisan Nasional," kata Anwar dalam kenyataan media yang dibacakan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua di sini, hari ini.

Tiada ulasan: