Selasa, 19 Mac 2013

Lim Kit Siang sah calon Parlimen Gelang Patah

Roketkini.com



SKUDAI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang diumumkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada sambutan ulangtahun parti ke-47 dalam suasana yang penuh gilang-gemilang malam tadi.

Pengumuman itu dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh lebih 40,000 hadirin sekaligus memberi gambaran sokongan padu pengundi Gelang Patah kepada calon DAP itu.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi pihak tertentu membabitkan Ketua Parlimen DAP itu yang sebelum ini adalah Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Anwar ketika berucap di majlis itu berkata, isu pengagihan kerusi antara PKR dan DAP yang digembar-gemburkan sebelum ini sudah selesai dan beliau menzahirkan sokongan penuhnya kepada Kit Siang.

“Dalam pembahagian kerusi, kita laksana menggunakan sistem win win formula, yang penting kita menang dan berjaya menawan Putrajaya.




“DAP saja tidak boleh tawan Johor, PKR saja juga tidak boleh, PAS saja pun tidak boleh tawan Johor. Tapi yang boleh tawan Johor ialah Pakatan Rakyat (PR),” katanya dengan penuh bersemangat.

Pada PRU-12 2008, kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Tan Ah Seng yang menewaskan calon PKR, Dr Zaleha Mustafa dengan majoriti 8,851 undi manakala di Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang menewaskan calon BN, Liew Mun Hon dengan majoriti 21,942 undi. – Roketkini.com

Tiada ulasan: