KL TODAY
Sekumpulan enam polis menyerbu pejabat Suara Keadilan
untuk menggeledah dan merampas komputer, di sini kira-kira jam 10.15
pagi ini.Mereka adalah pasukan penyiasatan dari Johor Baharu dalam kes
kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkaitan kontroversi isu
Lahad Datu yang dimuat naik portal Keadilan Daily, 1 Mac lalu.
Ketika serbuan, beberapa kakitangan Suara Keadilan sedang bertugas di tingkat 2 bangunan pejabat di Jalan Metro Pudu, Cheras.
Polis
terbabit memaklumkan kedatangan mereka untuk merampas komputer yang
terlibat dalam penghasilan berita kenyataan Ahli Parlimen Batu itu.
Mereka turut menunjukkan waran geledah pejabat.
Bagaimanapun, peguam Latheefa Koya yang dihubungi kakitangan syarikat mengarahkan polis berurusan dengannya.
Bagaimanapun, peguam Latheefa Koya yang dihubungi kakitangan syarikat mengarahkan polis berurusan dengannya.
Selepas menghubungi Latheefa, polis terbabit mengalih alasan untuk mendapatkan nota tulisan wartawan Keadilan Daily, Aisha Geoffrey, yang sebelum ini telah dua kali ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun, Aisha yang bercuti hari ini diminta peguam ke pejabat untuk menyerahkan nota tersebut kepada polis.
Polis
kemudian beredar tanpa mengambil apa-apa daripada pejabat kira-kira
setengah jam, dan memberitahu mereka mahu menunggu Aisha.
Polis juga
mengarahkan Aisha ke balai polis Pudu untuk menyerahkan catatan
memuatkan kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkaitan isu
Lahad Datu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan