Selasa, 19 Mac 2013

Pakatan tubuh majlis penasihat keselamatan

RUZY ADILA IDRIS

Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim 
 
KUALA LUMPUR - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini memutuskan untuk menubuhkan majlis penasihat keselamatan pihaknya atas alasan isu keselamatan adalah penting susulan perkembangan di Lahad Datu, Sabah.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa bekas jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama bekas pegawai kanan polis yang kini bersama Pakatan Rakyat (PR) akan memainkan peranan untuk memberi pandangan dan nasihat.

"Jeneral-jeneral terbabit sudah mengemukakan mengapa masih terdapat kelemahan dari segi tindakan kawalan membabitkan kawasan di Sabah berhubung isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu.

"Persoalan-persoalan ini yang mesti dijawab.

"Sebaliknya, yang dibuat oleh pimpinan Umno hanyalah menggunakan isu ini untuk politik domestik dan membuat tohmahan serta menunding," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Tiada ulasan: