MALAYSIA KINI
Seramai
kira-kira 10,000 penduduk daerah Besut berarak sejauh 13 kilometer
sempena program 'Walk 4 Peace' (Berjalan Untuk Keamanan) demi menyatakan
sokongan terhadap Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah.
Perjalanan bermula 5.00 petang dan berakhir 6.30 petang itu turut membawa sepanduk dengan kata-kata semangat kepada pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang pengganas dari selatan Filipina dalam operasi itu.
Program yang diketuai Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh itu turut disertai anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad, Adun Kota Putera Muhammad Pehimi Yusoff, Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh dan ketua-ketua jabatan.
Program dimulakan dengan bacaan doa dan kibaran Jalur Gemilang sambil diiringi nyayian lagu-lagu patriotik, turut melibatkan anggota keselamatan termasuk polis, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Gong Kedak, anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Persatuan Bekas Polis Daerah Besut, anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk sekitar.
Idris ketika ditemui pada majlis itu berkata program tersebut bagi membuktikan sokongan padu penduduk Besut kepada setiap anggota keselamatan yang berjuang di Sabah.
"Kami menyokong penuh tindakan kerajaan mempertahankan Sabah dan Berjalan Untuk Keamanan ini merupakan satu sokongan simbolik penduduk Besut atas perjuangan mempertahankan Sabah dari pelampau militan," kata Idris yang juga Adun Jerteh dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Perarakan yang dilaksanakan secara berperingkat itu melibatkan beberapa perhentian bermula di Jerteh Souq sebelum bergerak ke hentian Kampung Nyiur Tujuh, Alor Lintah, Gong Kepas sebelum berakhir di pusat pentadbiran Kampung Raja.
Pada setiap hentian itu, perarakan diikuti seramai 2,000 penduduk mewakili pelbagai pihak untuk menyambung perjalanan.
Pada majlis itu, lebih RM5,000 berjaya dikutip untuk mengisi Tabung Wira Lahad Datu.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan