Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini berkata beliau telah diberi peluang untuk membuat penjelasan bagi membersihkan namanya oleh media Filipina berhubung laporan media negara berkenaan yang mendakwa sumber risikan Filipina yang mengaitkan seorang pemimpin Sabah yang rapat dengannya berjumpa dengan Sultan Sulu.
Anwar berkata, Philippine Inquirer telah menghubunginya pagi tadi untuk membolehkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara itu ekoran penafiannya semalam berkenaan penglibatan beliau dengan insiden pencerobohan di Sabah.
“Saya telah dihubungi Philippine Inquirer pagi tadi untuk memberikan penjelasan melalui radio secara langsung dan akhbar mereka.
“Sepatutnya pagi tadi ... tapi saya menolak kerana sibuk atas urusan lain,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di sini.
Keadaan itu jelas Anwar berbeza dengan laporan media di Malaysia yang telah pun disamannya, stesen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia, kerana terus mendakwa penglibatan beliau dengan insiden pencerobohan oleh militan Filipina di Sabah tanpa mendapatkan penjelesannya.
“Sekurang-kurangnya mereka (Philippine Inquirer) bagi ruang untuk saya beri penjelasan,” katanya menyalahkan media yang didakwanya ditunjangi Umno.
Akhbar Filipina itu tambah Anwar, tidak mengaitkan beliau secara langsung dengan insiden berkenaan, tetapi hanya melaporkan sumber daripada risikan Filipina.
Ketua Umum PKR itu juga menegaskan Putrajaya masih lagi perlu untuk melaksanakan tuntutan Pakatan Rakyat (PR) yang menggesa diadakan sidang khas Parlimen dan sesi meja bulat bagi membincangkan isu keganasan di Lahad Datu tersebut.
“Masih ada keperluan untuk sidang khas Parlimen dan meja bulat walaupun tentera sudah gempur militan Filipina itu pagi tadi,” katanya.
Jelas Anwar, Malaysia bukan menentang masyarakat Sulu keseluruhannya, tetapi hanya menentang kumpulan militan bersenjata yang mengakibatkan kematian dan kecederaan anggota keselamatan Malaysia.
“Kita tidak menentang Sulu, kita menentang militan di Sabah, itu perlu jelas,” tegasnya.
Philippine Inquirer sebelum ini memetik sumber risikan tentera Filipina Jumaat lalu melaporkan bahawa seorang pemimpin politik Sabah yang rapat dengan Anwar berjumpa dengan penceroboh bersenjata.
Reuters pada 14 Februari turut melaporkan insiden pencerobohan di Sabah dengan memetik sumber risikan berkata pemimpin pembangkang mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan