KL TODAY
Lahad
Datu: Cubaan tiga penceroboh yang bersembunyi di Kampung Tanduo, di
sini, untuk keluar dari kawasan terbabit gagal selepas mereka ditangkap
polis malam kelmarin.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, tiga lelaki terbabit yang cuba melepasi kawasan itu disedari anggota polis yang berkawal dan terus menahan mereka.Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas mereka menemui sebilah parang milik salah seorang penceroboh itu dan mereka kini ditahan untuk siasatan.

“Ingin
saya tegaskan, kenyataan dikeluarkan sebelum ini supaya mereka
menyerah diri tidak berubah tambahan penceroboh sudah terkepung dan
tidak boleh ke mana-mana.Gambar: Anggota polis mengawal ketat
perkarangan Hospital Semporna bagi menanti ketibaan mayat anggota polis
yang terbunuh.
“Anggota
polis yang mengepung kawasan kampung berkenaan juga berada dalam
posisi yang baik dan keadaan kita ini terkawal,” katanya pada sidang
media Ops Sulu di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.
Ismail
berkata, pihaknya juga kini bekerjasama dengan Panglima Angkatan
Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan
keselamatan di sini.
“Kita kini
juga dalam keadaan bersedia dan saya nasihat orang ramai supaya
menjalankan urusan harian mereka seperti biasa kerana keselamatan
mereka terjamin,” katanya.
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian yang mengorbankan nyawa
enam anggota keselamatan yang mencari maklumat bagi mendapatkan
gambaran jelas mengenai kumpulan terbabit adalah di luar jangkaan.
Menurutnya, pasukan keselamatan dengan kekuatan 57 anggota tidak menyangka kumpulan terbabit bertindak ganas menyebabkan enam anggota terkorban.
Menurutnya, pasukan keselamatan dengan kekuatan 57 anggota tidak menyangka kumpulan terbabit bertindak ganas menyebabkan enam anggota terkorban.
“Namun,
saya mempunyai keyakinan bahawa kita (anggota keselamatan) sudah
memiliki kekuatan mencukupi dengan penambahan anggota termasuk polis
selain tambahan dua batalion askar ke Sabah bagi menghadapi apa juga
keadaan di kawasan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan