Shahbudin Husin
Terlebih
dahulu diucapkan takziah kepada keluarga lapan anggota keselamatan
yang terbunuh dalam menangani kumpulan pemberontakan Sulu di Sabah.
Dilaporkan dua terbunuh di Lahad Datu dan enam terkorban di Semporna
setakat ini. Rakyat tentunya sedih dengan pemergian itu, sementara
keluarga dan anak-anak mereka terasa lebih kesedihannya dengan
kehilangan orang tersayang masing-masing.
Marilah
kita menyedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang terkorban, semoga
mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah.
Walaupun
pemberontakan dilaporkan sudah terkawal tetapi memandangkan pemberontak
daripada keturunan Kesultanan Sulu ini masih berada di Sabah dan tetap
berkeras agar tuntutan mereka dihormati sambil bersedia mengadakan
rundingan, hakikatnya kedudukan belumlah 100 peratus selamat lagi.
Pertempuran dan pertumpahan darah mungkin boleh berlaku bila-bila masa.
Kita
haruslah menyedari bahawa isu yang berlaku di Sabah ini adalah isu
keselamatan, bukannya isu politik walaupun Sabah merupakan antara negeri
yang sedang menggelegak suhu politiknya. BN dan PR masing-masing
sedang berebut untuk mempertahankan sebanyak mungkin kerusi di negeri
itu. Dalam pilihanraya 2008, Sabah menyumbang 25 kerusi Parlimen kepada
BN daripada 26 kawasan Parlimen yang dipertandingkan.
Tetapi
menjelang PRU 13, PR sedang melipatgandakan usaha untuk menawan
sebanyak mungkin kerusi di Sabah. Dengan beberapa tokoh utama BN keluar
parti dan menyertai pakatan pembangkang, selain pergolakan dalaman
politik Sabah sendiri, kedudukan Sabah dianggap kritikal dan tidak lagi
“deposit tetap” bagi BN. Ia sudah menjadi simpanan tunai yang boleh
mengalir ke mana saja.
Malah ada
laporan serta analisa daripada beberapa pihak yang menyatakan Sabah
akan menjadi penentu kepada BN dan PR kali ini. Jika BN dapat
mempertahankan sebahahagian kerusi Parlimen Sabah, Putrajaya akan
menjadi milik mereka, sebaliknya jika tujuh atau lapan kerusi jatuh ke
tangan PR, mereka akan menguasai Putrajaya.
Sebab itu,
dengan tercetusnya isu pemberontakan di Sabah ini, ia pantas dikaitkan
dengan politik melebihi isu keselamatan dan kedaulatan negara. Ramai
yang berhati-hati untuk terlalu awal membuat ulasan atau andaian kerana
bimbang terperangkap. Cuma ada beberapa tokoh PR yang berani
mengandaikan tragedi itu mungkin sandiwara UMNO, mungkin juga cubaan
melengahkan tarikh pilihanraya, mungkin pula usaha untuk memastikan
Sabah kekal menjadi milik BN dan sebagainya lagi.
Sementara
UMNO dan kerajaan memberi amaran agar jangan mengaitkan tragedi itu
dengan politik, malangnya mereka sendiri turut galak cuba meraih
keuntungan politik daripadanya. Najib dan media arus perdana ternampak
cuba menjadikan tragedi ini sebagai medan menyalahkan pihak lain
melalui maklumat yang belum dipastikan kesahihannya. Najib sendiri
nampaknya lebih serius dan bersemangat memberi ulasan berkaitan dakwaan
penglibatan pemimpin pembangkang dalam insiden itu.
Selain
cuba membesar-besarkan komen yang diberikan oleh Tian Chua dan
mengaitkan Anwar Ibrahim dengan Kesultanan Sulu, isu kelemahan pimpinan
dalam mentadbir negara, bagaimana sempadan kita begitu longgar, di mana
kelengkapan tentera kita yang canggih, bot laju, kapal marin, kapal
selam Scorpene, maklumat perisikan yang kurang lengkap dan sebagainya
cuba ditutup dengan keghairahan menuding jari kepada pihak lain.
Malaysia
setiap dua tahun menganjurkan LIMA di Langkawi sejak puluhan tahun lalu
dan dilaporkan menandatangai pelbagai perjanjian pembelian kelengkapan
untuk mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara, tetapi apa
yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna sebenarnya menampakkan kita
masih belum bersedia secukupnya untuk mempertahankan kedudukan negara
kita.
Kehilangan
lapan anggota keselamatan dalam tragedi ini memang amat menyedihkan,
lebih-lebih lagi pemberontak Kesultanan Sulu bukanlah kerajaan yang
berdaulat dan diiktiraf. Sejak kumpulan pemberontak ini mendarat di
Lahad Datu, pimpinan kerajaan terlihat sambil lewa, tidak serius dan
tidak mendapat maklumat yang tepat mengenainya.
Hishammuddin,
Menteri Dalam Negeri dilaporkan oleh beberapa media arus perdana
dengan penuh yakin menyatakan kumpulan pemberontak itu bukan pengganas
dan kehadiran mereka tidak akan melibatkan pertumpahan darah. Nazri
Aziz, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang pula
menyatakan kehadiran mereka tidak menggugat keselamatan negara. Menteri
Pertahanan yang menjaga kedaulatan negara, Zahid Hamidi pula lebih
banyak berdiam daripada bersuara dalam isu ini. Sekarang lihatlah apa
yang berlaku dan bandingkan dengan kenyataan mereka dua tiga minggu yang
lalu?
Menteri-menteri
yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan dan kedaulatan negara
kita begitu lemah nampaknya. Jika mereka cekap, beriwibawa dan pantas
bertindak serta berusaha mendapatkan maklumat yang tepat, mungkin tidak
begini jadinya. Kelemahan mereka memalukan negara dan menyebabkan
anggota keselamatan terkorban. Mereka berkenaan sepatutnya malu dengan
tugas dan peranan selama ini dan dalam masa yang sama selesa menikmati
pelbagai kemudahan daripada wang rakyat tetapi gagal menjadi pentadbir
yang cekap dan berwibawa.
Bukan saja
Najib tidak sesuai lagi berada di tempatnya sekarang berikutan insiden
ini, malah menteri-menteri yang menjaga keselamatan dan kedaulatan
negara juga nampaknya lebih sesuai menjaga hal ehwal wanita, sukan dan
kebudayaan berbanding kementerian yang mereka pegang sekarang.
Kita baru berhadapan dengan pemberontak dari sebuah kesultanan yang tidak berdaulat dan tidak diiktiraf, sudah begini jadinya. Cuba bayangkan dengan pemimpin dan kepimpinan yang ada sekarang jika kita diserang oleh pihak yang lebih gagah dan besar?
Kita baru berhadapan dengan pemberontak dari sebuah kesultanan yang tidak berdaulat dan tidak diiktiraf, sudah begini jadinya. Cuba bayangkan dengan pemimpin dan kepimpinan yang ada sekarang jika kita diserang oleh pihak yang lebih gagah dan besar?
Sebab itu
rakyat harus melihat tragedi ini merupakan isu keselamatan dan
kelemahan kerajaan melebihi isu politik. Jika kita mempunyai pemimpin
cekap, berani dan berwibawa, tragedi ini mungkin boleh dielakkan lebih
awal. Ini kerana mereka sudah mendarat sekian lama di kawasan itu dan
kehadiran mereka sudah menjadi berita di seluruh dunia.
Tragedi
ini sepatutnya menguatkan lagi iltizam rakyat Malaysia untuk melakukan
perubahan dan menolak kepimpinan yang ada. Mereka bukan saja saja lemah
dan tidak berwibawa dalam mengurus hal-hal yang berkaitan dengan
rakyat sendiri tetapi juga tidak boleh diharapkan lagi untuk menjaga
keselamatan dan kedaulatan negara.
Meskipun sudah melibatkan kehilangan nyawa yang banyak, baik di pihak keselamatan negara mahupun di pihak pemberontak yang juga beragama Islam, pimpinan kerajaan masih cuba menjadikannya sebagai isu politik dengan cuba menyalahkan pihak lain daripada menyelesaikan itu tersebut dengan segera. Kita tidak harus kehilangan lebih banyak nyawa lagi.
Meskipun sudah melibatkan kehilangan nyawa yang banyak, baik di pihak keselamatan negara mahupun di pihak pemberontak yang juga beragama Islam, pimpinan kerajaan masih cuba menjadikannya sebagai isu politik dengan cuba menyalahkan pihak lain daripada menyelesaikan itu tersebut dengan segera. Kita tidak harus kehilangan lebih banyak nyawa lagi.
Sementara
UMNO dan kerajaan terus cuba bermain politik untuk menutup kelemahan
sendiri, insiden ini seharusnya menguatkan lagi iltizam untuk
perubahan. Merubah kerajaan adalah sebaik-baiknya tetapi jika kerajaan
yang ada tidak dapat diubah, sekurang-kurangnya pemimpin dan kebanyakan
menteri yang ada harus disingkirkan dalam pilihanraya akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan