MALAYSIA KINI
Tiga anggota polis yang dituduh merogol seorang wanita Indonesia dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini.Tempoh tahanan reman ke atas mereka tamat hari ini dan mereka akan dibawa ke mahkamah Butterworth.
Ketiga-tiganya menghadapi tuduhan rogol, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika didapati bersalah.
Insiden itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 7 pagi di sebuah balai polis di Prai pada 9 November selepas mereka menahan mangsa yang berusia 25 tahun kerana didakwa gagal menunjukkan pasportnya.
Wanita tersebut kini ditempatkan di Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, sementara menunggu pulang ke negaranya dan dikatakan dalam keadaan "kesihatan yang baik".
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata penyiasat telah merekodkan kenyataan daripada 10 saksi berhubung dakwaan rogol tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan