Katanya, slogan 1Malaysia itu tidak akan mewujudkan perpaduan memandangkan "tiupan angin perkauman sempit", menurutnya masih berlaku.
Hadi berkata, beliau memilih tema "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" itu kerana perpaduan umat, menurutnya menjadi cabaran terkini di setiap negara dan bangsa di seluruh dunia.
"Perpaduan dalam negara kita pula tidak akan wujud dengan laungan 1Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan angin perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud dalam negara kita.
"Perpaduan dan rahmat inilah yang menjadi tujuan kepada Islam, sebagai risalah akhir zaman oleh Rasulullah SAW yang berbeza dengan para rasul sebelumnya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan