Ahad, 23 September 2012

Tenat Benar Najib Sampai Merayu....

MSO

Wah Najib Razak sampai merayu-rayu persis lagu Ziana Zain lah.. supaya rakyat memberinya sepenggal untuk membolehkan dia bawa pembangunan kepada rakyat. Sayu juga mendengar rayuan Najib itu. Beliau membuat rayuan itu ketika berucap di hadapan 1,000 orang semasa melancarkan Pusat Transformasi bandar di Kuala Lumpur pagi ini.

Najib tidak payah merayu kalau apa yang beliau laksanakan dalam tempoh tiga tahun ini, menampakkan perubahan dan memberi manfaat kepada rakyat. Setelah merdeka 55 tahun rakyat sudah cerdik tidak perlu dipujuk rayu lagi. Tetapi malangnya cara Najib layan rakyat, macamlah rakyat kita seperti penduduk kampung pedalaman di Mongolia.

Tengok bila dia pergi Kelantan dia akan mempermain-mainkan hati rakyat Kelantan dengan bertanya; "hendaklah lebuh raya?".... rakyat pun jawab, "hendak...." Najib tanya lagi, "nakkan air bersih?" Rakyat pun jawab ramai-ramai macam awak-awak fikir barat mengikut kata tok juara, "hendak." Lepas itu dia balik rakyat Kelantan terngangga dan mengetik kuku menanti janji Najib. Politik seperti itulah menyebabkan rakyat tidak menghormati Najib.

Apabila Najib sampai merayu-rayu begitu menunjukkan Najib begitu penat sekarang ini. Dia tahu yang dia tidak poplar dan sedang ditolak oleh rakyat. Makin kuat BN melancarkan strategi pelik-pelik menyebabkan orang makin tahu yang beliau penat. Sehari dua ini Umno memainkan isu DAP dan cuba melaga-lagakan Pas dengan DAP. Untuk pengetahuan Najib, Pas dan DAP bukan jenis macam lembu laki Sharizat? Mereka tidak akan berlaga kerana azam mereka untuk menumbangkan UBN begitu tinggi mengatasi segala yang lain.

Najib perlu menang sepenggal untuk tidak meletakkan dirinya sebagai PM terpendek. Dia mahu mengatasi rekod Abdullah Badawi. Ini yang penting bagi Najib. Kalau dia gagal menyambung jawatannya selepas pilihan raya akan datang bermakna dia berada di bawah Abdullah dan menjadi PM dari Umno yang terpendek tempohnya.

Tugas Najib besar bukan saja dia hendak menjaga kredibiliti dan rekod dirinya tetapi rekod Umno juga. Najib kena pastikan UBN menang. Najib tidak mahu sejarah negara mencatatkan Umno kalah sewaktu ditangan beliau. Ini yang Najib ingin elakkan bagi mengelakkan malu sebesar tahi gajah. Dia juga mahu meninggalkan legasi kononnya baik macam ayahnya juga.

Dua beban atau pun tanggungjawab inilah menyebabkan Najib terpaksa menari poco-poco untuk menghilangkan rasa resah dan gelisah. Namun tindakan beliau silap kerana cara itu mendedahkan yang beliau sedang bermasalah. Buka balik klik video itu dan perhatikan macam mana tarian Najib tidak seirama atau pun sejalur dengan tarian Rosmah. Tarian Najib macam rama-rama kepatahan sayap saja.

Berbalik kepada rayuan tadi saya rasa rakyat tidak akan peduli lagi. Sudah lebih setengah abad rakyat memberi kuasa kepada Umno tetapi Umno semacam mengsia-siakan kuasa berkenaan. Selama 22 tahun kemenangan Umno diperdagangkan oleh Mahatir untuk mengaut keuntungan buat dirinya sendiri dan anak beranak. Rakyat tertipu di sebalik projek mega Mahathir akhirnya rakyat memikul beban masalah hingga kini.

Beban ditinggal Mahathir ikut sama terhandas di bahu Abdullah dan kini tercampak di bahu Najib. Memang ada rakyat yang kasihankan kepada Najib tetapi sikap dan perbuatan pemimpin Umno sebelum ini menyebabkan mereka tidak boleh memaafinya. Rakyat sudah jadi serit dan celika. Jadi rayuan Najib itu tidak akan dihirau lagi.

Cadangan saya Najib baik mengaku kalah saja. Surender yang kita tidak mampu untuk jadi PM. Seseorang untuk jadi PM bukan calang-calang orang. Jawatan ini bukan perkara yang boleh diwarisi dari keturunan atau pun orang tua. Ia juga bleh dikongskikan dengan bini. Jawatan PM berlainan dengan kerja memanjat kepala seperti di Nepal yang dipusakai dari jenerasi ke jenerasi. PM adalah milik rakyat Malaysia yang berani, berwibawa, ada idea serta diyakini oleh semua kaum dan bangsa. Wachou.

Tiada ulasan: