PETALING JAYA : Pakatan Rakyat (PR) menggesa Kerajaan Pusat menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung pendidikan bagi membincangkan keberkesanan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang diumumkan semalam.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, walaupun Malaysia memiliki pelbagai pelan pembangunan, namun mutu pendidikan di negara ini semakin merosot.
“Setiap kali ada orang baru jadi Menteri Pendidikan, ada satu blueprint baru.
Tetapi kualiti pendidikan di Malaysia masih berada di takuk lama. Perkara ini juga diakui sendiri oleh Perdana Menteri,” katanya di dalam satu sidang media di Pejabat PKR di sini.
Kit Siang juga mencabar Kerajaan Umno-BN dan Kementerian Pendidikan untuk membentangkan laporan Trends In International Mathematics and Sciences Study (TIMSS) yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum sehingga kini.
Menurut Lim, TIMSS merupakan kajian yang dijalankan The International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) setiap tahun iaitu pada 1995, 1999, 2003, 2007 dan 2009.
“Pada tahun 1996, saya ada bertemu Najib yang pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan meminta beliau untuk menyertai TIMSS dan mereka setuju.
“Pada tahun 2003, Malaysia mendapat keputusan yang lebih baik berbanding pada 1996. Tetapi kemudiannya merudum pada 2007.”
Dalam pelan yang dilancarkan semalam, Malaysia mensasarkan untuk berada di tempat ketiga dalam ujian Program Pencapaian Pelajar Antarabangsa dalam masa 13 tahun. Negara kini berada di tempat ketiga terbawah.
Pelan pendidikan tersebut terdiri dari 11 bahagian antaranya pembangunan kanak-kanak, pengetahuan, kemahiran berfikir, kepimpinan, kemahiran berbahasa, moral dan identiti kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan