PR dan BN: Sama tetapi berbeza
Nurul Izzah Anwar
Pakatan
Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai persamaan pada perkara-perkara
pokok kenegaraan. Perbezaan yang wujud adalah mengenai pendekatan
prinsip pemerintahan dan soal demokrasi.
Secara ringkasnya ada lima
persamaan dan lima perbezaan tersebut.Lima persamaan pokok iaitu;
institusi Raja-raja Melayu sebagai Ketua Negara, Islam sebagai agama
rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Kedudukan Istimewa
orang-orang Melayu dan penduduk Bumiputera.
Rakyat harus sedar, kelima-lima tiang ini terpelihara dan tidak berubah, tidak kira siapa yang memerintah di Putrajaya.
Justeru,
tidak perlu lagi mana-mana pihak cuba menimbulkan sengketa melalui
media, ceramah atau tulisan – melagakan kedua-dua gagasan politik ini
mengenai lima perkara pokok yang menjadi persamaan.
Perbezaan
utama adalah prinsip pemerintahan negara atau mengenai di mana letaknya
‘kuasa memerintah’ – iaitu sama ada kuasa di tangan rakyat atau kuasa
di tangan elit - dalam bentuk demokrasi atau autokrasi.
Lima
perbezaan prinsip dan pendekatan pemerintahan itu atau ‘5P’- adalah
mengenai pentadbiran pro-rakyat; peranan Parlimen; proses pilihan raya;
isu perkauman dan hala tuju pembangunan ekonomi.
Perbincangan
nasional hendaklah mencari jalan terbaik untuk menjadikan negara kita
sebuah negara membangun lagi berdaya-saing dalam dunia tanpa sempadan.
Negara
semakin merosot dalam prestasi tangga daya-saing, aliran wang haram,
penarikan pelaburan asing, kualiti pendidikan, jurang pendapatan
melebar dan peningkatan kos sara hidup.
Tumpuan
perbincangan nasional semestinya berkisar kepada lima perbezaan pokok
di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dan tidak dikalihkan
pandangan kepada lima persamaan yang tidak perlu lagi didebatkan.
Sekiranya mahu ada perdebatan di antara kedua-dua pemimpin ia hendaklah menjawab mengapa wujudnya lima perbezaan pokok tadi.
Mengapa pentadbiran negara pro-elit dan bukan pro-rakyat sehingga rasuah dan ketirisan ekonomi sebanyak RM1 trilion dibenarkan mengalir kepada golongan elit selama ini – atau apabila perundangan gagal melindungi hak rakyat seperti dalam kes-kes rogol bawah umur – jentera dan agensi kerajaan digunakan untuk kepentingan elit dan menindas rakyat dengan mudah – salah-guna statistik indeks jenayah yang tidak berpijak ke bumi nyata - tiada ketelusan dalam pembelian aset negara seperti kapal selam – tiada kawal-selia mengenai projek-projek infrastruktur yang tinggi harganya seperti MRT?

Mengapa
Parlimen tidak diberi hak mewakili rakyat dengan prinsip demokrasi
pemisahan kuasa (separation of powers) yang memberikan kuasa memantau
kementerian-kementerian dan aspek utama pentadbiran termasuk meletakkan
Petronas di bawah kawal-selia Parlimen serta diberi hak
merafitikasikan semua perjanjian antarabangsa seperti Mafta yang ada
kesan terhadap industri berbahaya seperti Lynas dan RAGM di Raub,
perjanjian penyerahan Pulau Batu Putih dan Tanah KTM Tanjung Pagar ke
Singapura atau perjanjian penyerahan Blok L dan M yang kaya minyak
kepada Brunei?
Mengapa
pembangunan ekonomi menggunakan dasar-dasar pengherotan pasaran dan
pemusatan kuasa ekonomi kepada beberapa individu dibenarkan sehingga –
tangga gaji rakyat membeku manakala kos sara hidup meningkat – harga
kereta dan rumah tinggi – kos pendidikan yang tinggi memaksa rakyat
berhutang besar – harga bekalan elektrik, bekalan air dan tol lebuh
raya hanya menguntungkan yang elit – penswastaan berat sebelah yang
merugikan rakyat dengan bailout besar-besaran seperti MAS, Indah Water,
Star dan LRT.
Oleh itu apabila rakyat mendengar, membaca atau melihat sesuatu berita, hujah atau ceramah – adalah menjadi tanggungjawab untuk menilai dengan kerangka ‘Lima yang sama dan lima yang beza di antara PR dan BN’.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan