MSO
Semoga prinsip-prinsip asas undang-undang
kontrak ini sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada rakyat Kelantan apatah
lagi kepada gerakan rakyat dalam R. – 8 Zulkaedah 1433H.
Berikut disiarkan catatan sdr MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF salah
seorang dari puluhan ribu rakyat Kelantan yang 'bergalabut' mengenai
royalti petroleum yang sepatutnya dibayar. Penulis ini rajin memberi
pandangan dan melontarkan kritikan sosial di media massa. Setiap kali
beliau mencoret sesuatu akan dikirimkan kepada saya. Syabas atas
kerajaan sdr tanpa mengenal penat dan jemu. Ikutilah pandangan dan
komenter beliau;
Dengan desakan langsung dari rakyat
terhadap kerajaan pusat agar membayar royalty kepada kerajaan Kelantan
sebagaimana perjanjian 9 Mei 1975, nyata ia membuka kesedaran pelbagai pihak
kepada banyak isu di sebaliknya. Apa yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda
dalam gerakan yang disebut R terus mendapat sambutan lantas membuka kesedaran
yang lebih meluas.
Kini ramai yang menantikan satu prosiding
rayuan yang dijadualkan pada 3 Oktober. Dalam pada itu juga, dijangka satu
prosiding memohon pengishtiharan mahkamah terhadap ketidakesahan perjanjian
tersebut turut akan dikemukakan.
Dalam suasana inilah, saya suka menarik
perhatian kepada pemahaman kita kepada satu prinsip asas dalam undang-undang
kontrak. Harapan saya dengan pemahaman tersebut seluruh rakyat umumnya dan
rakyat Kelantan khususnya akan terus berdiri teguh di belakang keputusan yang
akan diambil oleh kerajaan negeri dalam menangani isu royalty ini.
Undang-undang paling asas dalam sesuatu
kontrak menyatakan bilamana salah satu pihak gagal memenuhi tanggungjawab dalam
perjanjian, ia dikatakan telah pecah kontrak atau “repudiate”.
Tindakan ini membangkitkan hak kepada pihak yang satu lagi untuk “rescind
the contract” iaitu mengambil tindakan untuk membatalkan terus perjanjian
yang dipersetujui.
Dalam hal ini, Petronas yang gagal membayar
royalty sebagaimana dipersetujui telah memecah janji “repudiate the
contract” dan kerajaan Kelantan dalam hal ini berhak membatalkan dan
menamatkan perjanjian tersebut atau “rescind the contract”.
Justeru, pihak-pihak iaitu Petronas dan
Kelantan dalam hal ini tiada lagi sebarang tanggungjawab sebagaimana ditetapkan
dalam perjanjian 1975. Dengan erti kata lain, Petronas tiada lagi hak untuk
memasuki kawasan perairan dan daratan Kelantan untuk meneroka minyak di sana.
Kerajaan Kelantan pula berhak untuk
memutuskan dengan apa jua cara bagi meneroka dan mencari gali minyak di kawasan
daratan dan perairan Kelantan dengan cara mereka sendiri. Tentunya suasana ini
amat menguntunkan rakyat Kelantan kerana hasil bumi mereka boleh diuruskan oleh
kerajaan yang mereka pilih melalui pilihanraya yang sah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan