Perbuatan mensabotaj calon pilihan raya
sememangnya perbuatan khianat dan sewajarnya dipecat daripada parti
supaya menjadi teladan di masa akan datang.
KUALA LUMPUR: Bukan sahaja calon tetapi juga perlu menyingkirkan mereka yang menyelewengkan peruntukan pilihan raya, kata Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee.
“Perbuatan mensabotaj calon pilihan raya sememangnya perbuatan khianat dan sewajarnya dipecat daripada parti supaya menjadi teladan di masa akan datang.
“Perbuatan khianat oleh mereka yang kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon jika dibiarkan akan menghancurkan parti, katanya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmari memberi amaran bahawa mereka yang sabotaj calon akan disingkirkan daripada parti.
Syed Ali berkata langkah itu akan memastikan parti lebih berwibawa dan dihormati.
Bagaimanapun katanya, tindakan keras itu juga perlu dikenakan terhadap anggota komponen Barisan Nasional (BN).
“Pilihan raya bukan bermakna kita memastikan hanya untuk kemenangan Umno, tetapi turut membabitkan BN bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil,” tegasnya.
Beliau mendakwa, perbuatan khianat dan sabotaj tidak hanya berlaku dalam Umno malah kemungkinan wujud dalam BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan