Roketkini.com
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyenaraikan enam asas itu dalam perutusan Hari Malaysia beliau. Enam perubahan asas yang disebutkan Guan Eng ialah:
- Royalti minyak yang lebih saksama dengan peningkatan daripada 5% kepada 20% untuk menyelesaikan masalah-masalah lama yang berkaitan dengan ekonomi, peindidikan dan pembasmian kemiskinan;
- Menaik taraf infrastruktur jalan raya yang memalukan serta menaik taraf pelabuhan-pelabuhan serta lapangan-lapangan terbang sedia ada;
- Memastikan bekalan air dan elektrik yang cukup dan tidak diganggu. Memasang wifi percuma di tempat-tempat awam serta menyediakan capaian internet untuk semua;
- Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dan menyelesaikan krisis pendatang tanpa izin;
- Melantik di mana boleh rakyat Sabah untuk jawatan-jawatan kerajaan dalam jabatan-jabatan persekutuan dan negeri; serta
- Dasar tanah berjiwa rakyat dengan memastikan mereka yang memegang jawatan politik awam tidak layak memohon untuk tanah negeri; tiada penyingkiran atau mengurangkan hakmilik tanah dari 999 tahun ke 99 tahun; pembaharuan pajakan tanah secara otomatik apabila tamat tempoh dengan pembayaran hanya 10% daripada premium tanah (diskaun 90%).
“Jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa, Pakatan Rakyat akan menuntut semula status Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai rakan kongsi setaraf dengan Semenanjung,” kata beliau.
Menurut beliau, selepas 49 tahun penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak telah menjadi negeri yang tidak sekufu dengan Semenanjung dan tidak mendapat layanan yang sama, justeru mewujudkan andaian bahawa Sabah dan Sarawak semakin terkebelakang dalam semua segi. – Roketkini.com
18 ulasan:
Nampaknya Guan Eng pun mula tertarik dengan Sabah.
Tapi kita dapat rasakan yang mana kerajaan yang ada sekarang ini masih lagi menjadi pilihan penduduk Sabah. KErajaan sekarang masih relevan dengan keinginan rakyat.
LGE perlu ingat Sabah ni luas beberapa kali ganda berbanding PP yang diperintahnya sekarang. bukan mudah untuk membawa perubahan dengan cepat.
Memang mudahlah kalau memberi janji tapi bukan mudah bila menunaikannya. kalau pembangkang dapat ambil alih kerajaan sekarang pun belum tentu akan dapat laksanakan semua tu.
Guan eng, baik tumpukan pada Pulau Pinang, tak perlu sibuk di sabah.
Nampaknya LGE sudah lupa yang beliau perlu fokus untuk Pulau Pinang?
Rasanya Musa Aman sendiri tidak pernah menyibuk tentang urusan negeri lain.
"Royalti minyak yang lebih saksama dengan peningkatan daripada 5% kepada 20% untuk menyelesaikan masalah-masalah lama yang berkaitan dengan ekonomi, peindidikan dan pembasmian kemiskinan;"
boleh LGE jelaskan bagaimana beliau mampu memberikan peratusan itu dengan mengambilkira kos2 yang ditanggung oleh petronas?? jangan main letak angka saja tanpa kajian.. nanti jadi macam janji air percuma di selangor..
"Menaik taraf infrastruktur jalan raya yang memalukan serta menaik taraf pelabuhan-pelabuhan serta lapangan-lapangan terbang sedia ada;"
semua infrastruktur ini sedang dinaiktaraf.. mengatakan infrastruktur di negeri ini memalukan juga satu penghinaan.. sebelum ini ada pemilik facebook di SM yang menggunakan isu ini untuk menghina sabah.. so penghinaan ini juga bermula dari pemimpin2 Pakatan..
"Memastikan bekalan air dan elektrik yang cukup dan tidak diganggu. Memasang wifi percuma di tempat-tempat awam serta menyediakan capaian internet untuk semua;"
ini lagi la bangang.. air bersih dikelantan tidak selesai selepas lebih 20 tahun Pakatan/PAS memerintah, manakala janji air percuma berhadapan dengan masalah besar, ada hati pula menyelesaikan masalah air di sabah??
"Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dan menyelesaikan krisis pendatang tanpa izin;"
ini lagilah bangang berganda2.. bukankah kerajaan BN sekarang berusaha menyelesaikan masalah ini melalui penubuhan RCI??
"Melantik di mana boleh rakyat Sabah untuk jawatan-jawatan kerajaan dalam jabatan-jabatan persekutuan dan negeri;"
LGE datang la ke Sabah dan lihat jabatan2 persekutuan dan negeri disini.. lihat siapa pengarah2nya..
"Dasar tanah berjiwa rakyat dengan memastikan mereka yang memegang jawatan politik awam tidak layak memohon untuk tanah negeri;"
kes LGE rampas tanah kampung Melayu macam mana??
"tiada penyingkiran atau mengurangkan hakmilik tanah dari 999 tahun ke 99 tahun;"
tujuannya supaya kroni2 LGE boleh mengusahakan tanah itu selama2nya.. secara tidak langsung, pembangunan pun terbantut sebab kerajaan tidak berhak lagi membangunkan tanah itu..
"Menurut beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, walaupun Sabah mempunyai sumber asli yang banyak, ia masih lagi merupakan negeri paling miskin di Malaysia"
kenyataan paling tembirang setakat ini.. betullah kata orang bahawa LGE adalah ketua menteri paling ego di Malaysia.. negeri2 Pakatan sudah sedia maju dibawah pentadbiran BN.. kemampuan pakatan yang sebenar adalah kemiskinan Kelantan.. jika dibandingkan Sabah dengan pulau pinang, berapa ganda beza saiznya?? sabah sepatutnya ditadbir oleh lebih dari 5 Ketua Menteri..
"ia masih lagi merupakan negeri paling miskin di Malaysia dengan kemudahan dan infrastruktur yang tidak sebaik Semenanjung."
satu lagi penghinaan dari LGE yang bakal menjadi ikutan penyokong2 mereka di semenanjung..
Rakyat Sabah wajar tolak pakatan...
“Jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa, Pakatan Rakyat akan menuntut semula status Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai rakan kongsi setaraf dengan Semenanjung,”
kalau mahu status Sabah setaraf dengan semenanjung, Pakatan tidak sepatutnya bertanding di sabah dan tidak memerintah negeri ini..
"justeru mewujudkan andaian bahawa Sabah dan Sarawak semakin terkebelakang dalam semua segi."
jika Sabah dan sarawak hanya sebesar Pulau Pinang, kemajuan Sabah dan sarawak hari ini pasti berganda2 lebih maju dari negeri2 di semenanjung.. malah Sabah adalah negeri yang paling banyak menarik pelabur asing dan paling cekap pengurusan kewangan di Malaysia.. itukah yang dikatakan LGE ketinggal dalam semua segi??
Catat Ulasan