Isnin, 24 September 2012

Anwar bidas cubaan lengah bentang audit

KL TODAY

 

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 hanya akan dibuat di Dewan Rakyat seminggu selepas pembentangan Bajet 2013 yang dijadual Jumaat ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kelewatan itu bagi memberi peluang wakil rakyat membahaskan dengan terperinci Bajet 2013.

”Ia akan memberi peluang kepada ahli-ahli dewan lebih fokus membincangkan bajet tanpa mencampur adukkan dengan laporan audit,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Nazri sengaja melengahkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebelum Bajet 2013.

Bajet 2013 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini berkata, Kerajaan Pusat bertindak demikian kemungkinan kerana ada agenda yang tersendiri.

Katanya, “Nazri sengaja lengahkan pembentangan audit sebelum Bajet 2013 disebabkan agenda lain.”

“Nazri mungkin tidak mahu ahli Parlimen membahaskan kekurangan yang terdapat pada belanjawan itu nanti,” kata beliau di bangunan Parlimen hari ini.

Nazri dipetik berkata, kelewatan pembentangan laporan itu bertujuan memberi peluang kepada wakil rakyat untuk membahaskan Bajet 2013 dengan terperinci.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu membaca laporan Ketua Audit Negara terlebih adahulu untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

“Ini tak wajar seolah-olah untuk mengalihkan kesempatan ahli-ahli Parlimen untuk membahas berdasarkan laporan, kerana ini keputusan penilaian prestasi, daripada Ketua Audit Negara, tapi BN tolak untuk Ketua Audit Negara buat begitu.

“Kalau nak adil, laporan itu perlu dibacakan terlebih dahulu untuk ahli Parlimen membahaskannya,” katanya.

Tambahnya, jika PR mengambil alih Putrajaya, beliau akan memastikan laporan audit akan dibaca terlebih dahulu sebelum bajet.

Tiada ulasan: