Rabu, 25 Julai 2012

'Sila tegur MCA!'



Oleh SELENA TAY

Sehingga kini, pemimpin Umno masih belum lagi cukup berani mengambil tindakan untuk menegur rakan karib mereka, iaitu MCA terutama Presidennya, Chua Soi Lek yang sering memperlekehkan ugama Islam.
 
Pemimpin Umno hanya sibuk menguar-uarkan jika Pakatan Rakyat menang Pilihanraya Umum Yang Ke-13 (PRU13), kedudukan orang Melayu akan tergugat.

 Manakala pemimpin MCA pula sentiasa memberi amaran kepada masyarakat Cina bahawa jika Pakatan Rakyat menang PRU13, orang PAS akan menjadi Perdana Menteri.

Apakah yang sudah terjadi kepada kedua-dua parti ini sehingga mereka sanggup mengeluarkan kenyataan yang bercanggah? Ini bererti mereka pikir bahawa rakyat Malaysia adalah cukup bodoh dan tidak membuat perbandingan diantara kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka. Agak malang untuk rakyat Malaysia kerana masih terdapat pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Selain dari itu, ada pemimpin yang juga kurang faham ilmu matematik mengenai kerusi-kerusi PAS dan DAP. Andaikan jika:

PAS menang semua 80 buah kerusi campur
DAP menang semua 50 buah kerusi
Jumlah 130 buah kerusi

Ini bererti jika semua orang Melayu mengundi PAS, situasi yang digambarkan diatas akan menjadi kenyataan dan PAS sudah pun boleh membentuk Kerajaan Pusat. Itupun belum mengambil kira kerusi yang bakal dimenangi oleh KeADILan lagi. Tetapi ingat, andaian diatas hanya akan menjadi kenyataan jika semua orang Melayu mengundi PAS.

Sementara itu, penulis sedang menunggu untuk tengok samada pemimpin Umno berani menegur atau memarahi pemimpin MCA ataupun tidak. Jangan sampai seperti menunggu kucing bertanduk pula. Aduh!

Tiada ulasan: