KUALA LUMPUR — Kerajaan berkali-kali mengatakan bahawa
statistik kadar jenayah telah menurun, akan tetapi percubaan culik dan
rompak baru-baru ini menyebabkan ramai rasa tidak selamat.
Laporan tentang kejadian penculikan kanak-kanak berumur 12 tahun, Nayati Moodliar serta kisah kanak-kanak perempuan yang berjaya melarikan diri daripada dua penculik, percubaan rogol dan culik di Tesco Ampang dan kejadian yang menimpa aktivis Bersih Wong Chin Huat telah menimbulkan kerisauan rakyat terhadap tahap keselamatan orang ramai.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui baru-baru ini bahawa kerajaan perlu berusaha dengan lebih giat untuk melawan jenayah.
Tetapi pemimpin lain seperti menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, PEMANDU dan polis kelihatan tidak begitu bimbang berbanding PM.

Jumaat lalu, ketua polis negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar bertegas
mengatakan jenayah tidak meningkat, sambil menyatakan statistik yang
diperolehi dari polis negeri dan daerah, serta di peringkat antarabangsa
seperti Genuine Progress Indicator (GPI) menunjukkan keberkesanan
langkah-langkah memerangi dan mengurangkan jenayah di negara ini.
Hishamuddin juga mengatakan bahawa laporan beberapa kejadian baru-baru ini adalah kes terpencil.
Beliau turut memberitahu media, dengan mensensasikan beberapa kes boleh menyebabkan persepsi Malaysia bukan negara selamat kerana data rasmi menunjukkan sebaliknya.
PEMANDU dan kementerian dalam negeri (KDN)juga mendakwa bahawa kadar jenayah menurun sebanyak 11 peratus tahun lalu dengan jenayah jalanan menjunam turun sebanyak 40 peratus semenjak Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan dua tahun lalu.
Ahli parlimen pembangkang memperlekehkan statistik ini sehingga ada yang mengatakan kerajaan berbohong dengan statistik yang dikeluarkan.
“Dengan langsung tidak mempunyai ketelusan dan seringkali tidak konsisten dalam keadaan jenayah di negara ini, tidak menghairankan jika orang ramai tidak mempercayai kerajaan.
“Lebih memburukkan lagi keadaan, kerajaan tidak mahu mengakui wujudnya ketakutan orang ramai sama ada mereka berada di dalam atau di luar rumah,” kata ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.
Semakin banyak laporan kejadian didedahkan oleh media tetapi pihak berkuasa tetap mempertahankan statistik mereka. Ini menyebabkan orang ramai terpaksa bersatu untuk memerangi jenayah dengan cara mereka sendiri.
Sebuah NGO yang menamakan diri mereka sebagai Rakyat Malaysia Menentang Rogol, Serangan dan Ragut (MARAH) berjaya melancarkan kempen petisi online yang mensasarkan 100,000 tandatangan.
“Kami tidak mempunyai unsur-unsur politik, agama dan kaum tetapi akan bekerja keras untuk melobi agar keselamatan orang ramai terjamin terutamanya bagi kaum hawa,” tulis mereka di ruangan penerangan mengenai MARAH di petisi mereka, sebuah advokasi dan mencari dana melalui internet terutamanya laman sosial Facebook.
“Kami berkempen untuk keselamatan tempat letak kereta, jalan raya dan hak untuk hidup dalam persekitaran selamat baik di dalam mahupun di luar rumah.”
Petisi tersebut juga turut memaparkan nota kecil kepada kerajaan negeri Selangor dan kerajan pusat tentang kesediaan sukarelawan MARAH menawarkan diri untuk membantu kerajaan memerangi jenayah.
“Kita akan berkongsi informasi, sumber, nama, gambar serta video dan senarai pelaku jenayah di ‘Dinding Memalukan’ kami.
“Kita akan melobi agar rondaan polis meningkat, perlaksanaan tegas undang-undang sedia ada mengenai rogol, rompak, ragut dan culik, terutamanya di tempat letak kereta pusat membeli-belah,” katanya lagi.
Pengasas MARAH, Dave Avran, memberitahu The Malaysian Insider, dia terpanggil untuk mengasaskan kumpulan tersebut selepas membaca terlalu banyak berita tentang kejadian jenayah baru-baru ini seperti rompakan, rogol dan ragut dalam media.
“MARAH mensasarkan untuk bekerja dengan entiti yang dinyatakan diatas agar rakyat biasa dapat menuntut tempat letak kereta, jalan raya dan kawasan kejiranan yang lebih selamat.
“Kami faham pihak polis banyak tugas dan sibuk - sebab itu kami mahu bekerjasama terutamanya mengenai tip-tip keselamatan, seni mempertahankan diri dan aksi yang proaktif,” katanya melalui perbualan di laman Facebook semalam.
“Untuk lebih jelas lagi, saya marah dengan pelaku jenayah dan bukannya pihak berkuasa,” katanya lagi.
Ketika artikel ini ditulis, 711 tandatangan dipetisi online dan dijangkakan akan mengembang dalam masa beberapa minggu lagi.
Rata-rata di laman sosial Facebook dan Twitter, pengguna internet berkongsi pengalaman ngeri mereka dan saling menasihati tentang bagaimana untuk lebih selamat apabila diluar rumah.
“Satu ketika dahulu kita boleh berjalan dengan bebas dan selamat walaupun pada waktu malam, kini keadaan sudah tidak selamat walaupun pada waktu siang. Sudah sampai masanya pengguna internet menyokong petisi kami,” kata seorang pengguna Facebook di petisi MARAH.
“Kami tidak mahu hidup dalam ketakutan lagi. Kami mahu keadilan dilaksanakan dan keselamatan diutamakan terutamanya bagi wanita. Sokonglah petisi ini,” kata seorang lagi pengguna Internet.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan