MALAYSIA KINI
MCA
telah menafikan khabar angin bahawa parti itu akan menjual sebidang
tanah berhampiraan Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) di Setapak di
ibunegara.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata khabar angin tersebut bertujuan memecahkan perpaduan, keyakinan dan semangat anggota parti serta berniat menjejaskan reputasi parti berikutan menjelang pilihan raya umum.
"Saya menjangkakan lebih banyak tindakan seperti itu akan timbul dan meminta anggota parti supaya sentiasa berwaspada dan tidak dimanipulasi dengan khabar angin seperti ini.
"Memusnahkan MCA adalah motif jelas kerana ia tersebar sejurus selepas DAP menghina penubuhan TARC semasa perdebatan antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Dr Chua Ahad lepas.
"Ada orang yang tidak mahu melihat kejayaan TARC," kata Dr Chua dalam kenyataan bagi mengulas laporan akhbar 'Sin Chiew Daily' hari ini bahawa MCA bercadang menjual bidang tanah tersebut dengan harga RM100 juta kepada sebuah syarikat bermodal RM2.
Akhbar itu melaporkan spekulasi mengenai penjualan sebidang tanah bersaiz 18.211 hektar (45 ekar) kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan parti itu dan telah menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota dan bekas pemimpin parti itu yang khuatir dengan pandangan masyarakat Cina.
Akhbar itu menyebut pihaknya dikunjungi oleh beberapa veteran parti dan bekas pemimpin dengan berita penjualan tersebut.
Bagaimanapun, Dr Chua, yang juga pengerusi Majlis TARC, memperjelaskan bahawa kolej itu telah membincangkan program pembangunan di tanah tersebut termasuk pembinaan asrama pelajar, lebih banyak bangunan sekolah dan sebuah sekolah vokasional.
"Cabaran terbesar dalam membangunkan tanah itu adalah untuk menempatkan semula setinggan kerana terdapat kira-kira 400 buah rumah dan lot kedai termasuk pejabat cawangan parti pembangkang yang dibina secara haram di atas tanah itu.
"Semua keputusan Majlis TARC akan dilakukan dengan betul demi kepentingan terbaik TARC dan pelajar dan kita memahami sensitiviti menempatkan semula setinggan, maka isu menjual tanah TARC tidak timbul," katanya.
TARC diasaskan oleh MCA dan telah beroperasi sejak 1969.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan