Dalam
usahanya untuk memenangi pilihanraya, UMNO sekali lagi mengggunakan
isu menakut-nakutkan rakyat. Kali ini dakwaan yang dilemparkan tetapi
tanpa sebarang bukti ialah pendedahan Cawangan Khas PDRM bahawa Pas dan
DAP telah diserapi fahaman JI dan komunis.Dengan mengaitkan PAS dengan
JI yang sering digambarkan bercirikan keganasan serta DAP pula dengan
komunis, juga bercirikan keganasan, muslihatnya cukup jelas iaitu
mahukan rakyat terus menyokong UMNO dan kerajaan BN meskipun bagaimana
buruk sekalipun perlakuan para pemimpinnya selama ini.
Taktik
menakutkan rakyat ini sebenarnya adalah ulangan taktik lama yang
dikitar semula beberapa kali. Sebelum ini DAP juga digambarkan sebagai
anti Melayu, anti Islam, ekstremis Cina dan sebagainya. Ternampak bahawa
UMNO mulai bimbang dengan penerimaan masyarakat berbilang kaum,
termasuk Melayu sendiri terhadap DAP kebelakangan ini.
Apabila
taktik itu dilihat tidak cukup berkesan, isu komunis pula cuba
ditimbulkan. Isunya cukup jelas iaitu untuk mengajak rakyat menolak DAP.
Jika rakyat terutamanya Melayu menolak DAP, maka gabungan Pakatan
Rakyat secara automatik menjadi tempang dan lebih mudah ditewaskan.
Namun
demikian, jika dilihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, pentadbiran
kerajaan negeri yang ditunjangi DAP nampaknya lebih mesra Melayu dan
Islam berbanding kerajaan BN dahulu. Kemudahan untuk orang Islam
beribadah ditambah, malahan peruntukan untuk Majlis Agama Islam juga
bertambah berkali tanda setiap tahun. Dengan ini semua dakwaan anti
Melayu dan anti Islam terhapus secara sendirinya.
Dalam masa
yang sama, rakan karib UMNO iaitu MCA melalaui beberapa tuntutannya
seperti persamaan hak dan kouta sama rata serta secara terang mengugut
UMNO berkaitan hudud, dilihat lebih ekstrem berbanding DAP. Beberapa
isu melibatkan MCA akhir-akhir ini juga menjadikan DAP lebih disenangi
berbanding MCA.
Selain itu
kemasukan beberapa individu Melayu ke dalam DAP seperti yang berlaku
di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan juga berjaya memadam tanggapan
parti itu anti Melayu dan anti Islam, jauh sekali ekstremis China.
Langkah terbaru yang dibuat oleh UMNO melalui cawangan khas PDRM yang mengaitkan DAP dengan komunis tidak lain adalah adalah ulangan taktik yang sama. Ini kerana selepas melemparkan dakwaan itu, tiada bukti yang dapat disertakan selain melalui melalui andaian kekerapan kononnya beberapa pemimpin parti itu berulang alik ke Thailand.
Langkah terbaru yang dibuat oleh UMNO melalui cawangan khas PDRM yang mengaitkan DAP dengan komunis tidak lain adalah adalah ulangan taktik yang sama. Ini kerana selepas melemparkan dakwaan itu, tiada bukti yang dapat disertakan selain melalui melalui andaian kekerapan kononnya beberapa pemimpin parti itu berulang alik ke Thailand.
Jika
kekerapan pergi ke Thailand dijadikan ukuran, tentunya pemimpin UMNO
juga kerap ke sana. Bolehkah mereka juga dikaitkan dengan komunis?
Dalam isu
komunis yang dikaitkan dengan DAP, Menteri KDN, Hishammuddin Hussein
sendiri tidak dapat memberikan sebarang bukti atas dakwaan Cawangan
Khas PDRM itu, malah baru mahu mendapatkan maklumat daripada Cawangan
Khas mengenainya. Soalnya apakah wajar Cawangan Khas mendedahkan
sesuatu isu yang melibatkan kepentingan negara tanpa pengetahuan
Menteri KDN?
Ternampak
ada sesuatu yang janggal di sini. Mungkinkah Cawangan Khas sengaja
diarah mendedahkan perkara itu sekadar untuk melihat respon rakyat?
Dalam isu
komunis yang dikaitkan dengan DAP untuk menakut-nakutkan orang Melayu,
secara umumnya ia tidak memberi kesan ketara kepada rakyat. Ini kerana
sepanjang sejarah tidak ada pemimpin DAP yang ditangkap kerana komunis.
Berbanding UMNO dan mereka yang dekat dengan UMNO, sejarah telah
menyaksikan beberapa daripada mereka pernah ditangkap kerana kaitannya
dengan komunis, antaranya mereka yang dikenali dengan Tiga Abdul dan
salah seorang pegawai ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri iaitu
Sidek Ghouse juga pernah ditahan kerana kaitan dengan komunis.
Lebih dari
itu, pendedahan Lim Guan Eng bahawa Pemuda BN juga pernah menubuhkan
seketariat tetap dengan Liga Pemuda Komunis China pada 2009 bagi tujuan
mengeratkan hubungan kedua-dua belah pihak, sekaligus meletakkan UMNO
dalam situasi pernah bekerjasama secara rasmi dengan komunis.
Selain itu
dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO juga, jika diperhatikan delegasi
Parti Komunis China juga adalah antara yang kerap dijemput sebagai
tetamu.
Faktor ini
sekaligus menafikan tanggapan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi bahawa
UMNO tidak pernah bekerjasama dengan komunis. Hakikatnya UMNO bukan
saja pernah bekerjasama dengan komuns tetapi telah terbukti beberapa
pemimpinnya juga pernah ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan yang
rapat dengan komunis.
Dalam
usaha UMNO menjadikan isu komunis ini sebagai senjata untuk
menakut-nakutkan rakyat agar menolak DAP, akhirnya ia telah menjadi
senjata yang menikam dirinya sendiri. Kegagalan menjadikan isu komunis
sebagai tsunami untuk menenggelamkan DAP, setelah isu anti Melayu, anti
Islam dan ekstremis Cina juga menemui kegagalan, UMNO mungkin sedang
memerah otak mencari isu lain untuk diketengahkan pula.
Atau setidak-tidaknya tarikh pilihanraya mungkin ditangguhkan lagi sehingga jerat yang dipasang benar-benar mengena!!
Penulis
pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun
80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada
tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan
Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan
2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian
Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik
bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan
Najib.Beliau memiliki laman blog di
shahbudindotcom.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan