Beliau mendakwa, semasa Anwar memegang jawatan tersebut, masyarakat Cina sukar dapat memasuki universiti kerana bekas menteri kewangan itu hanya mengutamakan bumiputera.
"Kami menghadapi masalah semasa Anwar menjadi menteri dulu. Ramai yang memohon taraf penduduk sementara di sesebuah negara semata-mata untuk pendidikan kerana semasa Anwar menjadi menteri pelajaran dan timbalan perdana menteri, dia mengehadkan bukan bumiputera untuk masuk ke universiti," kata Chua.
Presiden MCA itu mendakwa demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden parti itu petang ini.
Chua berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan pemberita mengenai pemohonan taraf penduduk sementara (PR) Australia oleh Naib Presiden MCA, Datuk Sei Ng Yen Yen 17 tahun lalu demi pendidikan anaknya.
Anwar
menjadi menteri pelajaran pada tahun 1986 hingga 1990 sebelum dilantik
menjadi menteri kewangan seterusnya timbalan perdana menteri.
Sementara
itu, Chua turut menegaskan, selepas ini beliau tidak akan menerima
mana-mana pelawaan daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk
berdebat.
Menurut Chua, berdebat dengan ketua
menteri pulau pinang itu merupakan satu pembaziran masa dan tenaga
kerana Chua berpendapat, Lim tidak menjawab soalan yang diajukan.
"Setalah
mengadakan mesyuarat, kami sebulat suara bersetuju tidak akan berdebat
lagi dengan Lim Guan Eng kerana ianya membuang masa.
"Lim
Guan Eng hanya menggunakan pentas debat itu untuk mengambil kesempatan
menabur fitnah dan berkempen. Tetapi dia tidak pernah menjawab soalan
yang ditanya. Saya tidak akan lagi bersetuju untuk berdebat dengan Lim
Guan Eng," kata Chua.
Dalam pada itu, mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini yang berhasrat untuk menyaman MCA berhubung isu Talam Corporation Berhad, Chua berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan tersebut.
"Menteri
besar Selangor berkata, mereka akan menyaman. Kami mengalu-alukan untuk
saman kami. Kami juga kecewa, selepas dua tahun dia (Khalid) berjanji
untuk bentang di sidang dun, tetapi sehingga kini tiada apa-apa.
"Adakah
tindakan menyaman kami adalah untuk takutkan kami supaya tidak bercakap
dan takut kami akan bongkarkan lebih banyak lagi maklumat?," kata Chua
lagi.
17 ulasan:
Susah nak maju kalau semua pun berdasarkan kaum dan agama, bukan ikut merit.
semua kena ada peluang sama pergi ke U.
Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang mewakili semua bangsa, pasti setiap bangsa berpeluang untuk maju di bawah pemerintahan BN.
TheRakyat ada hak untuk memajukan diri.
Biar betul?? Ini bermakna Anwar ini pilih kasih untuk orang sendiri sajalah ceritanya. Macam tidak boleh Anwar berkuasa kalau begitu. Kita perlu tahu yang mana Malaysia ini mempunya pelbagai kaum tapi 1 Malaysia.
Anwar tidak akan sekali2 mengaku apa yang telah dia lakukan sebelum ini.. sekalipun ada bukti2 kukuh, beliau tetap akan nafi..
Anwar yang dulunya menjadi 'penjenayah' kepada pelajar2 di Malaysia, kini mahu jadi hero pula..
Chinese education should not be viewed as a racial issue. It should be seen as a system that produces talent that can contribute to the country's economic development, said Malaysian Chinese Association (MCA).
Many Mandarin-speaking talents, regardless of their ethnicity, were the product of the country's Chinese education, MCA President Dr Chua Soi Lek said after visiting SJK (C) Gunung Rapat in Ipoh.
Malaysians with multi-lingual abilities are valuable assets that enable the country to tap into the booming market in China.
Dr Chua said China was one of Malaysia's most important international trading partners, with US$100 billion (315 billion ringgit) in bilateral trade volume.
Citing Petroliam Nasional Bhd as an example, he said many of its Malay employees had a good command of Mandarin, adding that the Government had also sent Malay students to Beijing to study the Chinese language.
Even top Barisan Nasional leaders acknowledge the role of Chinese education amid economic globalisation. It is evidenced as Chinese schools have undergone much transformation.
Dr Chua said the Government paid 2,000 ringgit ($631) to cover almost 90 per cent of the monthly utility bills of each of the Chinese primary schools.
He also said the government, through the education ministry, injected some 95 million ringgit ($29.98 million) to help build seven new Chinese primary schools, renovated eight others and relocated 13 schools.
When officers did not cooperate with the schools to help solve their problems, MCA would intervene on behalf of the Chinese schools to bring up the issues directly to the top officials in the ministry.
On a separate matter, Dr Chua said the Selangor government should take practical action to solve the water issue. It's not right for the state government to turn to the Federal Government when the problem got out of hand.
Catat Ulasan