Mereka yang ditahan terdiri daripada 83 lelaki dan 17 wanita berusia antara 20 dan 65 tahun, termasuk empat rakyat asing iaitu masing-masing dua rakyat Singapura dan Indonesia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis turut merampas pelbagai barangan yang diguna untuk kegiatan itu antaranya set komputer, telefon bimbit, kertas bookie, mesin kira-kira serta wang tunai RM7,8160.
"Kejayaan itu adalah hasil kerjasama dan pertukaran maklumat dengan China, Hong Kong, Macau, Singapura, Thailand dan Vietnam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua negara terlibat akan menghantar laporan tindakan membanteras kegiatan itu di negara masing-masing kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) yang berpejabat di Bangkok, Thailand.
"Di Malaysia, kami juga bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain serta Fifa dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya.
Mohd Bakri berkata 148 serbuan dilakukan dalam tempoh dua bulan itu oleh sepasukan polis di Bukit Aman, kontinjen dan daerah.
Beliau berkata kebanyakan kegiatan itu dilakukan di rumah dan berdasarkan laporan, Johor mencatat jumlah tangkapan dan nilai taruhan paling tinggi dengan 17 ditahan dan nilai taruhan RM14.1 juta.
"Kami juga akan membuat siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan sedang mengenalpasti sindiket-sindiket yang mengendalikan bookie ini," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan