Sabtu, 14 April 2012

Umno sudah terima senarai calon PRU13

SINAR HARIAN

Tengku Adnan Tengku Mansor

TANJONG KARANG - Umno pusat sudah menerima semua senarai nama calon parti itu yang berpotensi bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Senarai nama calon itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lepas, katanya.

Beliau berkata semua bahagian Umno telah diminta mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi menamakan calon-calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagaimanapun senarai nama calon yang diutarakan kepada pucuk pimpinan ini bukan muktamad," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang, di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, berkata beliau juga telah meminta parti komponen BN lain untuk menyenaraikan nama-nama calon di kawasan yang akan ditandingi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pihaknya telah menghantar sembilan nama calon untuk bertanding kerusi Parlimen Tanjong Karang dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Sungai Burong dan Permatang.

"Calon yang tersenarai ini termasuk penyandang sendiri dan salah seorang mereka adalah seorang profesional. Justeru, terpulang kepada Perdana Menteri untuk memutuskannya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Adnan meminta jentera BN menangkis segala tohmahan yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan serta berhati-hati dengan serangan pembangkang yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.

"Sebahagian besar pemimpin pembangkang pernah berjuang bersama BN dahulu dan mereka arif mengenai gerak geri BN.

"Jangan leka dan alpa dengan tindakan sebahagian besar pembangkang yang tahu mengenai gerak geri kita yang dijadikan taktik (pembangkang) untuk menghancurkan kita," katanya. – Bernama

8 ulasan:

Anak Sabah berkata...

Semoga calon yang terbaik akan muncul sebagai pemenang pada PRU-13 nanti.

Anak Sabah berkata...

Rakyat perlulah memberi mandat kepada mereka yang paling sesuai untuk menjadi pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

Pencalonan juga bergantung pada rakyat sendiri dan bukan hanya di pucuk pimpinan parti. Semoga mereka yang dicalonkan dapat berkhidmat secara terbaik terhadap rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Sudahkah UMNO membuka peluang kepada golongan profesional dan bijak pandai untuk menyertai parti mereka?

John Winchester berkata...

Datuk Musa Aman has emphasised the importance for all Umno and BN members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th GE

Tanpa Nama berkata...

pastikan semua calon yang dipilih benar2 yang terbaik dan boleh menang.

Hosie Masie berkata...

Siapa pun calon yang ingin diletakkan yang pasti pilihal calon yang benar-benar mampu memberikan manfaat kepada parti.

Mumbai berkata...

maknanya senarai nama calon itu masih boleh berubah.. kalau adapun apa2 perubahan dilain hari, jangan sekali2 dibawa ke media..