`Awas
kumpulan musang berbulu ayam yang berusaha untuk meruntuhkan kekuatan
UMNO.’Peringatan itu dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk
Sapawi Ahmad ketika merasmikan mesyuarat cawangan UMNO berkelompok
bagi Dun Sindumin di sini baru-baru ini.
Menurut Sapawi, kumpulan musang
berbulu ayam itu bertindak seumpama `pembangkang’ kerana mereka ini
berusaha mempengaruhi anggota parti khususnya di peringkat akar umbi.
“Kumpulan
ini bertindak dengan mengkritik barisan kepimpinan UMNO tidak hanya
pada peringkat bahagian, negeri tetapi juga pada peringkat kebangsaan…
Mereka juga berusaha mempengaruhi anggota parti untuk menentang barisan
kepimpinan,” katanya lagi.
Sambil
mendedahkan kewujudan kumpulan tersebut, Sapawi berkata ia harus
dibendung dengan segera dan peranan itu hendaklah dimainkan sendiri
oleh anggota UMNO di semua peringkat.
Katanya
usaha musang berbulu ayam ini akan dapat ditangani sekiranya anggota
parti di semua peringkat memperkukuh dan mempermantapkan kesetiaan
terhadap perjuangan parti.
“UMNO
memerlukan ahli yang setia pada perjuangannya dan ini termasuklah
kesetiaan kita kepada barisan kepimpinan… menghentam dan mengkritik
barisan kepimpinan secara terbuka dan umpama pembangkang bukan amalan
kita di dalam UMNO.
“Mereka yang bersikap sedemikian sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menerimapakai perjuangan UMNO,” ujarnya.
“Mereka yang bersikap sedemikian sebenarnya hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menerimapakai perjuangan UMNO,” ujarnya.
Sapawi
yang juga Ketua UMNO Bahagian Sipitang berkata, beliau tidak akan
teragak-agak untuk mengemukakan laporan terus kepada pihak atasan
sekiranya mendapat maklumat atau mengesan tidak tanduk ahli yang tidak
bermoral ini.
Katanya,
UMNO malah Barisan Nasional (BN) tidak memerlukan ahli yang berada di
dalam kumpulan tersebut yang hanya merugikan parti dan rakyat.
“Ahli UMNO
dan juga BN adalah anggota yang memiliki kualiti perjuangan yang
tinggi. Usah kita terpengaruh dan jangan juga menyokong kumpulan itu
meskipun di belakang tabir,” katanya lagi.
Hadir sama
pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua UMNO Sipitang Kamarlin
Ombi, Ketua Penerangan UMNO Sipitang, Ahmad Bujang, Setiausaha UMNO
Sipitang, Alidin Mohamad, Ketua Pemuda UMNO Sipitang, Yamani Hafez Musa
dan Ketua Puteri UMNO Sipitang, Dayang Maimunah Sidek serta mesyuarat
itu juga dihadiri oleh lebih 800 ketua-ketua dan ahli-ahli cawangan
daripada 131 cawangan UMNO di Dun Sindumin. Sumber: Umno Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan